»

Saturday, January 31, 2009

Recep Tayyip Erdoğan



Recep Tayyip Erdogan dilahirkan pada 26 Februari 1954 dan menjadi Perdana Menteri Turki sejak 14 Mac 2003. Beliau adalah pengerusi Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) telah memenangi Pilihan raya Umum Turki 2007 baru-baru ini.

Kehidupan Awal

Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.

Menyertai politik

Awalan 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Aktif politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan.

Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Necmettin yang condong kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.

1980 berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan / dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara ( National Salvation Parti). Necmettin telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.

Erdogan telah meninggalkan IETT dan bekerja di sektor swasta. Beliau kemudian menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan bagi semua warga Turki .

Pada 1985 dalam pilihan raya tempatan, Erdogan terpilih sebagai wakil parlimen dari wilayah Istanbul dan menjadi calon untuk jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu. Tetapi gagal memenangi pilihan raya daerah.

Erdogan menjadi calon buat beberapa kali bagi wilayah Istanbul lewat 1980-an. Erdogan tidak mendapat cukup undi pada pilihan raya 1991.

Erdogan terpilih sebagai ahli Parlimen dari wilayah Istanbul tetapi dibatalkan kerana sistem undi yang baru.

Dipenjara 1998

Erdogan dilihat pro Islam pada 1998. Erdogan menjadi salah seorang dari 200 datuk bandar yang wujud di Turki. Beliau menjadi idola dan hero kepada jutaan pengundi yang pro Islam.

1997 Parti Kebajikan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki . 1998 Erdogan bersama lain-lain pemimpin Parti Kebajikan melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi. Perlembagaan Turki telah memansuhkan sistem khalifah sejak Empayar Ottoman . Puak fundamentalis Islam mestilah disekat. Tetapi Erdogan mendakwa dirinya seorang konsevatif agama.

Erdogan dituduh menanamkan kebencian dalam beragama pada 1998 berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Erdogan telah dipenjarakan selama 10 bulan .

Pilihan raya umum 2002Pilihan raya umum 2002

Parti Pembangunan dan Keadilan menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan ekonomi tradisional , gempa bumi 1999 dan lain-lain isu besar lain.

Pilihan raya umum Turki pada 3 November 2002 diadakan dan AKP telah menyertainya buat pertama kali. AKP ternyata menguasai 34.3 % undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai 'kesalahan' sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913.

Abdullah Gul telah memberi 'lorong' kepada Erdogan untuk menjadi Perdana Menteri. Erdogan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer

0 comments: