»

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.


Thursday, October 1, 2009

Hartanah: 9 Tips Pelaburan Hartanah Team SaifulSham.com

artikel ini dipetik dari: http://iklanmalaysia.wordpress.com/category/hartanah/
“Orang Lain Beli Anda Beli, Orang Lain Untung Anda Rugi!”


Hartanah sudah berabad lamanya diakui sebagai salah satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam apa jua situasi walaupun di saat zaman kejatuhan ekonomi.

Hari ini, memiliki dan menguruskan hartanah bukan lagi mitos khayalan iaitu hartanah merupakan bidang yang hanya boleh dipelopori oleh si jutawan atau milikpunya syarikat gergasi. Keadaan hari ini jauh sudah berubah.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pemilikan hartanah turut meningkat dengan penglibatan penjual, pembeli, dan juga institusi kewangan yang merancakkan industri hartanah.

Bagi anda yang berminat untuk mengeksploitasi keadaan ini, jika anda berminat merebut kekayaan dalam pelaburan dalam hartanah, inilah peluangnya. Melibatkan diri dalam dunia hartanah juga sama dengan pelaburan lain, turut tetap mempunyai risiko. Siapa kata tiada risiko?;p. Walaupun begitu, jika anda lengkapkan diri anda dengan ilmu yang cukup lengkap, anda tidak akan gagal dalam pelaburan hartanah.

Percaya atau tidak? Seharusnya anda percaya apa yang dikatakan saya kerana saya sedang belajar hartanah dari bapa saya yang merupakan seorang jutawan hartanah! Baiklah, kali ini, saya akan menceritakan bagaimana untuk mengenal pasti lubuk emas sesebuah hartanah. Oleh sebab ramai yang ingin tahu, apakah ciri-ciri untuk mengenalpasti sesebuah hartanah yang berpotensi untuk memacu diri kita ke arah kekayaan.

Tip pertama saya:

Hartanah yang baik dan berpotensi tidak semestinya merupakan hartanah yang lumayan dan terletak dalam pembangunan yang ada kelas. Contohnya: Tidak semestinya pelaburan di Desa Hartamas (sebuah kawasan ekslusif di Kuala Lumpur) boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Walaupun sesebuah hartanah terletak dikawasan kurang ternama, selagi ianya mempunyai permintaan, berada di kawasan pembangunan tersusun, ia adalah termasuk dalam permata pelaburan sebenar!

Bapa saya tidak pernah membeli hartanah yang popular tetapi beliau tahu dimana wang harus dibelanjakan dalam pelaburan hartanah. Asasnya, ada permintaan, beliau masih boleh mengaut kekayaan yang tinggi.

Tip kedua:

Buat permulaan dalam pelaburan hartanah, adalah penting untuk membeli hanya sebuah hartanah walaupun terdapat banyak tawaran hartanah yang menarik. Jika terdapat banyak tawaran hartanah menarik, senaraikan setiap satu persatu dengan kriteria anda.

Contoh:

1) Bilangan bilik tidur

2) Saiz halaman rumah

3) Bilik mandi

4) Saiz dapur

5) Tahap sekuriti

6) Kualiti bahan binaan

7) Kawasan kejiranan

8) Kawasan sekeliling

9) Landskap

10) Maintenance

11) Kemudahan awam

Membeli hartanah memerlukan penelitian mendalam sebelum mengambil apa-apa keputusan. Anda harus mengikuti teknik-teknik ’super’ ini jika ingin berjaya dalam pelaburan hartanah.

Apakah teknik ’super’ itu?

Anda tidak harus menjadi pak turut. Thinking out of the box. Jangan mudah jatuh hatiapabila melihat keadaan rumah di’showroom’ (showroom memang dibuat secantik mungkin untuk menarik minat pembeli oleh pemaju..jangan terlalu mudah percaya), anda jatuh hati melihat VIP treatment semasa majlis penyerahan kunci ataupun melihat orang berpusu-pusu dalam majlis pelancaran sesebuah hartanah.

Keadaan seperi diatas kebanyakannya tidak banyak membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak. Sebab itu, thinking out of the box. Look beyond normal view. Yang penting, beli hartanah yang boleh memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang berbanding tergesa-gesa untuk membeli bagi mengaut keuntungan segera.

Keputusan untuk membeli hartanah haruslah neutral. Anda tidak boleh mendengar semua kata-kata sogokan pemaju jika anda ingin membeli hartanah dengan hasrat untuk menyewakannya dan meraih keuntungan dari penyewaan hartanah.

Tip Ketiga:

Jika anda membeli dengan tujuan untuk menyewakan kembali, tetapkan target anda bahawa anda sedang mencari hartanah yang untuk disewa, bukan untuk diduduki anda atau tujuan-tujuan sebaliknya.

Apabila mencari hartanah sedemikian, anda seharusnya tahu apa kehendak penyewa. Penyewa tidak menyewa rumah pelik-pelik, melainkan pemikirannya sama dengan anda. Penyewa tidak menyewa rumah di ceruk hutan melainkan beliau sama tarzan seperti anda.

Jika anda target pasaran rumah untuk sewaan pelajar IPT, pastikan rumah tersebut dekat dengan pusat pengajian dan tidak perlu penekanan kepada kecantikan pada rumah. Kehendak pelajar IPT berbeza dengan orang biasa.

Tip keempat:

Elakkan membeli hartanah dikawasan yang terlebih-lebih pembangunan (overbuilt), kawasan yang jauh akses kepada kemudahan awam, hartanah berkualiti rendah (biarpun harganya murah).

Ini kesemua akhirnya akan membawa beban kepada anda. Anda mungkin terpaksa bersaing dengan banyak tuan rumah hartanah seperti anda di kawasan yang overbuilt, anda mungkin terpaksa melihat rumah anda kosong jika ianya jauh dengan kemudahan awam.

Anda juga mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk maintainence jika membeli hartanah berkualiti rendah.

Sebaik-baiknya, antara kaedah terbaik adalah melihat reputasi pemaju hartanah tersebut. Lihat kepada prestasi mereka pada projek-projek lepas, baru anda tahu bahawa rumah yang dihasilkan adalah berkualiti (sebabnya rumah baru kadangkala susah untuk diketahui kualitinya baik atau tidak melainkan anda melihatnya 5 tahun kemudiannya)
Tip kelima:

Apabila membeli hartanah komersial seperti lot kedai, pertimbangkan keupayaan kawasan sekeliling untuk menarik peluang pekerjaan, perhubungan dengan kawasan komersial lain, dan tumpuan komuniti masyarakat setempat.

Kawasan bandar yang selalunya mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi secara automatiknya menarik minat pelabur yang inginkan ruang niaga seperti lot kedai, pejabat, dan runcit.

Tip keenam:

Membeli hartanah dengan nilainya yang sebenar!. Jangan membeli disebabkan spekulasi. Ada orang yang mudah terpengaruh akan dakwaan sesetengah pihak mengatakan kawasan itu akan dibangukan besar-besaran oleh kerajaan. Dan orang terpengaruh ini sanggup membeli harga 3,4 kali ganda dari nilai semasa. Angannya ingin keuntungan tinggi dalam jangka panjang.

Akhirnya, apabila berita itu hanya spekulasi, orang tersebut rugi begitu sahaja.

Kawan bapa saya pernah membeli hartanah di Dengkil berbelas tahun dahulu atas keyakinan bahawa kerajaan ingin membangunkan Dengkil sepenuhnya sebagai pusat pentadbiran kerajaan baru di Putrajaya.

Namun disebabkan spekulasi, ura-ura inilah beliau hari ini masih tidak mendapat pulangan kerana bukan semua kawasan Dengkil mendapat kesan limpahan pentadbiran baru di Putrajaya. Jika ya sekalipun, saya merasakan, tunggulah 10 tahun lagi, mungkin dapat merasakan nikmatnya. Saya tidak sanggup tunggu selama itu!

Tip ketujuh:
Living concept juga amat penting bagi masyarakat moden hari ini. Ianya membawa pengertian kepada kehidupan sesetengah masyarakat. Apabila anda memenuhi kehendak mereka dalam pembelian hartanah, secara automatiknya, anda akan mudah memperoleh penyewa.

Contohnya: Rumah diatas bukit menjadi pilihan masyarakat Cina atas kepercayaan mereka. Contoh lagi, anda membeli rumah yang beralamat, alamatnya cantik bagi masyarakat Cina. Ini juga peluang untuk anda kerana kebanyakan mereka mengamalkan kepercayaan pada nombor yang memberi “ong” kepada mereka.

No. 888, Jalan 8, Taman Jaya

Alamat rumah yang mungkin menjadi rebutan masyarakat Cina. Sama dengan plat

kereta.

No. 44, Jalan 4, Taman Jaya

Anda mungkin dijauhi golongan masyrakat Cina untuk menyewa kerana anda seolah menyuruh mereka mati cepat!

Tip kelapan:

Sebelum membuat pembelian hartanah, sila rujuk kepada pihak bank untuk mengetahui nilai sesebuah hartanah untuk jenis hartanah yang sama jenis dengannya. Amalkan prinsip ini

“Melabur berasaskan kira-kira, bukan dengan mengikut kata hati”.

Tips kesembilan:

Menunggu saat krisis. Anda akan menjumpai juga golongan penjual hartanah yang terlalu terdesak mendapatkan wang sehingga sanggup menjual hartanah mereka pada harga murah walaupun nilai sebenarnya jauh lebih tinggi. Dan situasi ini berlaku amat jarang sekali tetapi ingat inilah peluang anda untuk membuat pelaburan yang membawa keuntungan tinggi. Apabila krisis yang tidak dijangka ini berlaku, berdasarkan pengalaman bapa saya, beliau mempunyai fund tersendiri yang hanya disimpan khusus untuk merebut hartanah yang di dalam golongan krisis.

Bermakna, apabila ada tawaran gila oleh penjual hartanah yang terdesak ini, fund ini akan digunakan untuk membeli hartanah ini. Baiklah, saya rasa setakat ini dahulu penjelasan saya. Saya berharap moga anda dapat memanfaatkan 9 tips super yang saya kongsikan ini.

Satu sebab mengapa saya sedang belajar hartanah dari bapa saya walaupun usia saya masih berumur 20 tahun : Sebabnya, saya tahu hartanah adalah cara untuk mengaut kekayaan tanpa memerlukan usaha yang banyak seperti menjalankan sebuah perniagaan biasa. Kalau tidak, masakan bapa saya sudah bergelar jutawan hartanah sejak 10 tahun yang lepas.

Satu lagi sebabnya, hartanah ibarat industri makanan juga, akan sentiasa ada permintaan dan permintaan tersebut tidak akan menurun atau menjunam dalam masa waktu jangka masa yang panjang.

Hari ini lebih banyak graduan dihasilkan, lebih ramai golongan muda yang bekerja, lebih ramai golongan yang baru mendirikan rumah tangga, lebih ramai rakyat setiap tahun, maka permintaan akan sentiasa ada.

Saya selalu juga membaca surat khabar tentang penganalisis ekonomi yang memberikan pendapat, walaupun ada ketika mereka mengunjurkan industri hartanah di Malaysia amat lembap, industri hartanah di Malaysia tidak menguntungkan, tetapi sebaliknya, bapa saya hari masih terus bergelar jutawan hartanah dan sehingga saat ini, kalau diberi peluang, sayalah orang pertama akan melonjakkan diri jika disebut mengenai hartanah. Ruang untuk anda turut menikmati kekayaan dalam bidang hartanah juga masih luas dan belum diekspoloitasi sepenuhnya. Yan pentingnya, saya selalu tekankan, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menceburi bidang hartanah.

Tahukah anda?

Orang paling kaya di Malaysia,”Raja Gula” Tan Sri Robert Quek mempunyai pelaburan berbilion ringgit dalam hartanah. Orang paling kaya di Singapura, Kwek Leng Beng adalah pelopor industri hartanah di sana.

Tuesday, September 29, 2009

Profil Aa Gym





KH. Abdullah Gymnastiar, lahir di Bandung pada tanggal 29 Januari 1962 dari pasangan Letkol H. Engkus Kuswara dan Ny. Hj. Yeti Rohayati, sebuah keluarga yang dikenal relijius dan disiplin. Tak ingin disebut Kiai, atau Ustad, karenanya lebih dikenal dengan panggilan Aa Gym. Dari pernikahannya dengan Ninih Muthmainnah Muhsin – cucu KH. Mohamad Tasdiqin (Pengasuh Pondok Pesantren Kalangsari, Cijulang, Ciamis Selatan). Aa Gym dikaruniai tujuh orang anak, yakni Ghaida Tsuraya, Muhammad Ghazi Al-Ghifari, Ghina Raudhatul Jannah, Ghaitsa Zahira Shofa, Ghefira Nur Fatimah, Ghaza Muhammad Al-Ghazali, dan Gheriya Rahima. Tak ketinggalan, dua puluh lima orang anak angkat yang menjadi anak asuh di keluarga ini.

Latar belakang pendidikan Aa Gym memang tidak dibesarkan atau dididik di lingkungan pesantren yang ketat terutama pesantren dalam pengertian tradisional. Bahkan, guru pertama yang diakuinya adalah adiknya sendiri, Agung Gunmartin, seorang yang cacat, lumpuh, matanya juling, yang telinganya hampir tuli, yang tidak bisa bergerak. Namun adiknya ini sangat gigih, tetap rajin kuliah dan tak pernah lepas shalat tahajudnya. Meskipun untuk bernapas sudah susah sekali, dia tetap mendisiplinkan diri untuk ke masjid. Aa Gym dengan setia menggendong adiknya baik ke masjid maupun ke kampus.

Lama kelamaan, keadaan sang adik terus melemah, duduk pun sudah tidak bisa. Tangannya menjadi tidak bisa digerakkan lagi. Namun demikian, kondisi ini dihadapi sang adik dengan penuh kesabaran, tanpa mengeluh. "Sampai akhirnya dia meninggal di pangkuan saya, betul-betul adik saya itu meninggal di pangkuan saya ketika menghembuskan nafas terakhirnya." kata Aa Gym.

Pencarian jati diri Aa Gym memang diwarnai dengan beberapa peristiwa ‘aneh’, seolah-olah Allah sudah mempersiapkan dirinya untuk menjadi pejuang di jalan-Nya. Bermula dari sebuah pengalaman langka: nyaris sekeluarga – ibu, adik dan dirinya sendiri – pada suatu ketika dalam tidur mereka secara bergiliran bermimpi bertemu dengan Rasulullah Saw. … Sang Ibu mendapati Rasulullah sedang mencari-cari seseorang… pada malam lainnya, giliran salah seorang adiknya bermimpi Rasulullah mendatangi rumah mereka. Ketika itu ayahnya langsung menyuruh Gymnastiar, "Gym, ayolah temani Rasul." Ketika ditemui, ternyata Rasul menyuruhnya untuk menyeru orang mendirikan shalat. Beberapa malam setelah itu, Aa Gym memimpikan hal yang sama. Dalam mimpinya dia sempat ikut shalat berjamaah dengan Rasulullah dan keempat sahabat: Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali. "Saya berdiri disamping Sayidina Ali, sementara Rasulullah bertindak sebagai imam." katanya. Namun, sebelum mimpi ini, terlebih dahulu Aa Gym bermimpi didatangi seorang tua berjubah putih bersih yang kemudian mencuci mukanya dengan ekor bulu merak yang disaputi bulu madu. Setelah itu, orang tersebut berkata bahwa insyaAllah, kelak dia akan menjadi orang yang mulia.

Setelah peristiwa mimpi itu, mulai banyak peristiwa lain yang mengoncangkan batinnya. Masa-masa penuh peristiwa spiritual itu dijalani selama beberapa saat, yang membuat benar-benar ‘mabuk kepayang’ kepada Allah SWT. Selama dalam proses itulah, Aa Gym bertemu dengan empat orang ulama yang sangat mengerti keadannya, yang mengatakan bahwa Aa Gym telah dikaruniai ilmu laduni, yakni dengan secara langsung dibukakan hati untuk mengenal-Nya, tanpa melalui proses riyadhah. Demikian juga KH. Khoer Affandi, ulama tasawuf terkenal yang semasa hidupnya adalah pemimpin Pesantren Miftahul Huda, Manonjaya, Tasikmalaya, mengatakan bahwa dirinya telah dikaruniai ma’rifatullah.

Beberapa saat setelah menimba ilmu kepada keempat ulama itu, Allah swt mengaruniakan kemudahan sehingga lidah dan pikirannya dimudahkan untuk menjelaskan segala sesuatu.

Kini, Aa Gym menjadi pimpinan di Pesantren Daarut Tauhiid yang berdiri sejak tahun 1990 dan telah tersebar di tiga kota: Bandung, Jakarta dan Batam. Strategi dakwah yang dilakukan di Daarut Tauhiid lebih diarahkan untuk membangun kekuatan akhlak dan ekonomi. Orientasi perbaikan akhlak dilakukan lewat pengembangan konsep Manajemen Qolbu, sedangkan aspek ekonomi ditandai dengan pengembangan sejumlah unit usaha antara lain minimarket, BMT, penerbitan, sanggar busana muslimah, wartel, kerajinan tangan, percetakan, radio, rekaman, dan production house.
Dengan motto Dzikir, Fikir, Ikhtiar; Daarut Tauhiid berusaha membentuk insan yang ramah, santun berwibawa, rajin, terampil cekatan dan tidak menyia-nyiakan waktu, karena hidup adalah untuk mempersembahkan yang terbaik, yang bermakna bagi dunia dan berarti bagi akhirat kelak.

Wednesday, July 22, 2009

Releven lagikah nilai pinjaman PTPTN??


RM28,000.00 jer??? Maner cukup…. Itu adalah salah satu ayat yg terpacul daripada mulut rakan2 aku maser aku belajar dulu. Pernah dulu.. aku try Tanya ngan member2 aku,”cukupx duit PTPTN yg korang dapat ni??”.. antara jawapan yg aku terima”boleh arr bro… cukup2 makan jer, abis jer semester,duit pown abis,kadang2 sampai xcukup”…erm terpikir gak aku,ada benarnya apa yg diorang cakap…
“nasib baik lah kita study kat sini… taraf hidup pown murah, kalau kita study kat KL @ Selangor for sure x cukup…. hahahha”, sampuk member aku yg sorang lagi, aku hanya mengiakan pandangan mereka..jika diperhalusi semula,RM3,500.00 untuk satu semesta memang x cukup…. Apa tidaknya,nilai pinjaman tersebut sudah lama dipraktikkan… kalau nak diikutkan, ianya sudah tidak relevan lagi untuk zaman sekarang…ada suara2 yang mencadangkan nilai pinjaman dinaikkan sekurang2nya RM4,000.00 untuk satu semesta… akan tetapi masih tidak diambil peduli oleh PTPTN… semakin banyak nilai yg kita pinjam, maka banyak jugalah nilai yg perlu dibayar… melalui apa apa yg aku Tanya… rata2 mereka (student2) tidak kisah sekiranya mereka perlu membayar pinjaman dengan nilai yg tinggi, asalkan mereka dapat pinjaman RM4,000.00 untuk satu semester….
Setahu aku, pakcik aku study pown dulu dengan pinjaman sebanyak RM3,500.00 satu semester, kalau x silap aku 10 tahun dulu,skarang dier dah ada 2 org anak… bayangkanlah sendiri, kalau kita nak compare taraf hidup 10 tahun dahulu dengan zaman sekarang…. Memang jauh sangat bezanya… walau apa pown, aku bersyukur dan ucapkan terima kasih ngan pihak PTPTN yg telah member pinjaman kepada aku, klau nak ikutkan, takperlulah aku ucapkan terima kasih,sebab duit itu pown hasil daripada cukai yg saban tahun bapak aku bayar…. Tetapi sebagai manusia, aku juga ada sikap terhutang budi… aku ucapkan terima kasih atas kerja diorang mengagihkan duit cukai yg dibayar kepada pihak yg sepatutnya…
Bukannya kitorang ni nak demand lebih2, tapi kita boleh nilai sendiri dari segi logic,berbanding 10 tahun dahili… banyak keperluan harian dan makan minum dah naik harga, ni ditambah pula dengan harga bahan api yg dah meningkat. Kepada senior2 yg naik kenderaan sendiri memang ada kalanya membebankan mereka kerana semua perbelanjaan untuk kenderaan adalah daripada duit PTPTN yg mereka pinjam. Tak termasuk lagi kalau kenderaan mereka meragam, kalau motor ok lagi, kalau kereta ?? sakit gak arr.
Jika kita perhalusi dan teliti,sememangnya pinjaman sebanyak itu tidak mencukupi,cubalah Tanya dengan siswa-siswi,terutama sekali yg menuntut di lembah kelang… rata2 mereka setuju sekiranya pinjaman dinaikkan….
Secara kesimpulannya,diharapkan pihak peminjam.. terutamanya PTPTN,supaya menaikkan pinjaman untuk para penuntut,ini kerana pinjaman yg ader sekarang sudah tidak lagi relevan
Sekian.. wassalam…

Syabas PAS..


Memang sengit pilihn raya di manek urai kali ini… apa tidaknyer,saingan daripada BN cukup kuat,dengan majority hanya 65 undi. Memang tepatlah jangkaan aku sebelum ini…
Seperti yg aku tulis sebelum ini,PAS takkan menang mudah di manek urai,lebih2 lagi dengan isu politik dalaman yang melanda PAS. Namun bagaimanapown, aku mengucapkan setinggi2 tahniah kepada PAS kerana Berjaya mengekalkan kerusi di manek urai. Tetapi, aku ingin menasihatkan kepada PAS agar segera menyelesaikan isu dalaman parti tersebut agar rakan2 di pakatan rakyat akan terus utuh bersama2 PAS memperjuangkan hak masing2.
Bagi BN pula, walaupown mereka kalah dengan majority yg sedikit berbanding PRU mac tahun lalu,mereka bangga. Mereka berpendapat,bahawa penduduk2 di manek urai sudah sedia menerima perubahan…Nampak gayanya, BN perlu mengasah parang dengan lebih tajam di masa hadapan, agar dapat menewaskan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil(sekiranya ada) di semenanjung.
Jika di imbas, BN tidak pernah menang di semenanjung apabila pilihan raya kecil diadakan, seperti yg kita ketahui,bukit gantang, bukit selambau,permatang pauh,dan semalam di manek urai… semuanya kalah ke tangan pakatan rakyat,Cuma 1 kerusi saja itu pown di Sarawak (batang Ai),kalau di semenanjung… BN memang tidak ader peluang langsung untuk menang…
Aku dengar ada ura2 yg BN akan meminta kiraan semula untuk undi di manek urai, ini kerana… undi rosak adalah lebih tinggi berbanding majoriti, sekiranya undi dikira semula… BN berharap mereka akan dapat merapatkan jurang dengan PAS…
Diharapkan, BN akan terus menjadi lawan yg setia kepada pakatan rakyat….jangan jemu dan jangan gentar.. hehhe… usaha lagi dengan mencari isu2 yg lebih hangat
Kepada calon PAS aku berharap agar dia sentiasa berdamping dengan penduduk tempatan dan bekerja untuk mereka…sekian wassalam…..

Thursday, July 9, 2009

Siapa yg bakal menang pada pilihan raya manek urai N41…



Seperti yang kita sedia maklum…. Pilihan raya di manek urai akan dilakukan pada 14 julai 2009. Pada pandangan aku… pilihan raya pada kali ini 50-50… sebab apa aku katakan sebegitu, BN telah membuat pendekatan baru secara sikologi,seperti PM kata “pilihan raya kali ini perlu berlaku secara harmoni..”, memang kali ni aku tengok pilihan raya memang sunyi… tiada isu,tiada pergaduhan…. Memang ini adalah yang sangat dialu2kan oleh penduduk..
Dengan melihat kedua2 calon,aku tengok mereka ada potensi untuk menang dengan mejoriti yg sedikit… kalau bebelum ini,manek urai adalah tanah jajahan PAS,dengan majoriti 1200 kalau tak silap aku…tapi kali ni aku rasa, mejoriti akan menurun,jika kita lihat beberapa isu yg melanda PAS,aku rasa…. Rakyat juga akan mungkin membuat undi protes..lebih2 lagi bagi mereka yang atas pagar..
Semenjak penamaan calon,dan sehingga artikel ini ditulis…. Timbalan presiden PAS, tidak kelihatan. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa ada sedikit pertelagahan antara pemimpin tertinggi PAS. Aku sebagai salah seorang penyokong kuat pakatan rakyat berharap…. Pertelingkahan itu dapat diselesaikan secepat mungkin… bukannya apa…… aku taknak ahli2 PAS melihat ini sebagai suatu punca untuk parti itu berpecah…. Dengan muktamar yg baru2 ini diadakan di shah alam,kita dapat lihat terdapat 2 golongan besar parti.. golongan edorgan(intelek) dan golongan ulamak…. Semasa muktamar tersebut,ada golongan yang menyatakan PAS pada ketika ini mestilah diterajui oleh golongan intelek,ini untuk memberi laluan kepada golongan tersebut yang rata2nya berpendidikan tinggi menunjukkan kebolehan mereka. Ada yang berpandangan,PAS kini dilihat agak “slow” dalam menjadi pelopor parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Dengan adanya golongan intelek yg memerintah maka diharapkan PAS akan dapat bergerak dengan lebih mantap…. Tetapi ap yg terjadi sebaliknya… PAS masih lagi diterajui ulamak….walaubagimanapon, aku berharap… PAS akan terus relevan untuk PRU yang akan datang…
Kerajaan campuran yang dicadangkan oleh presiden PAS mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak… ada yang setuju, dengan menganggap ianya suatu peluang untuk PAS bersama dengan BN. Namun ada juga yg membantah ,dengan alasan… ianya akan menyebabkan pakatan rakyat bertambah parah…. Lebih2 lagi DAP,yg tidak setuju dengan pandangan presiden PAS itu..
Dengan isu2 yg dibangkitkan seperti yg denyatakan,BN telah melihat ianya sebagai peluang untuk mereka memainkan isu2 tersebut…. Akan tetapi BN perlu ingat bahawa isu royalty minyak sebanyak RM1 billion menjadi tuntutan PAS di manek urai,jika dikaji… Kelantan sepatutnya mendapat lebih daripada 1 billion,ini kerana…. Setahun PETRONAS memperoleh 2.6 billion di Kelantan,manakala perkara ini sudah berlaku 6 tahun,setidak2nya Kelantan sudah memperoleh sebanyak RM15.6billion… tetapi PAS Kelantan hanya meminta 1billion…. Namun perkara ini akan dijelaskan oleh PETRONAS dalam masa 2 hari lagi….aku berharap,ianya akan berpihak kepada PAS…
Pada pandangan aku,secara keseluruhannya…kedua2 calon ada potensi untuk menang,namun majoriti dijangkakan akan menurun dengan sebab isu2 yg berlaku kini… namun perlu diingat,masih ada lagi golongan yg atas pagar…kalau calon boleh mengambil hati mereka… maka kemenangan akan berpihak kepada mereka…. Wassalam.

Wajarkah politik di IPT??




Persoalan ini sudah lama diperkatakan, boleh dikatakan semenjak tertubuhnya institusi pengajian di Malaysia… perkara ini berbangkit.. dan malam selasa baru2 ni lepas tengok B-spot kat tv9.. best jugak rancangan ni,sebab banyak mengemukakan isu2 semasa. kalau minggu lepas, diorang memperkatakan mengenai bola sepak Malaysia, “di mana hala tuju bola sepak Malaysia “….
Berbalik kepada isu politik di IPT….
Bagi pendapat aku, ianya sangat bagus… sebab dengan berpolitik.. kita akan dapat lihat sejau mana kebolehan pelajar IPT di Negara kita. Memang lah kita sedia maklum… IPT adalah tempat untuk para generasi kita menuntut ilmu… untuk melahirkan mahasiswa yang benar2 berkualiti,dengan berpolitik juga mahasiswa akan berkobar2 dan bersemangat untuk menegakkan keadilan. Untuk konsep politik di IPT,adalah molek kiranya mereka menumpukan mengenai kepentingan mahasiswa, ia di ibaratkan seperti sesebuah Negara…. Sekiranya tiada org berpolitik, masakan Negara itu boleh maju…., ahli politik juga akan menjadi penegur dan “play maker” untuk sesebuah Negara. Dengan adanya golongan seperti mereka ini,pihak kerajaan akan melihat dan peka dengan kepentingan rakyat, begitu juga dengan IPT…janganlah kita hanya “gah” dengan melahirkan geraduan yg ramainya seperti buih, tapi tiada kualiti,kita juga harus menitik beratkan kepentingan mahasiswa. Dengan adanya politik di IPT,diharapkan pihak Universiti di Malaysia akan lebih peka dengan tanggungjawab mereka..
Janganlah dihalang mahasiswa kita untuk berpolitik di IPT,kita sekarang hanya sibuk untuk mencapai status Universiti yang masyhur di peringkat antarabangsa, tetapi tidak mengkaji dan mendalami jiwa mahasiswa kita. Lain Negara maka lainlah pendekatannya,justeru itu, untuk menjadi institute pengajian yang dikagumi, kita tidak seharusnya mengikut sepenuhnya modul dari negara2 luar,ini kerana modul tersebut memang disesuikan untuk silibus mereka tetapi adakah ianya bersesuaian dengan selibus kita? Fikir2 kanlah…..
Rata2 pelajar di university luar Negara didedahkan dengan pengucapan umum,mereka akan didedahkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan org lain….. kalau hendak di ikutkan,tahap pendidikan mahasiswa kita dengan unuversiti luar Negara adalah setaraf,Cuma yang membezakan mereka adalah mengenai bagaimana mahasiswa kita boleh berdepan dengan dunia sebenar di masa mereka bekerja nanti…
Kesimpulannya…aku memang sangat bersetuju politik di IPT Negara… akan tetapi… mereka hendaklah bebas daripada pengaruh politik dari luar. Mereka hanya boleh berkempen mengenai isu2 hal ehwal university sahaja, ini untuk menggalakkan mereka untuk menjadi seorang mahasiswa yang benar2 berkualiti……