Recep Tayyip Erdogan dilahirkan pada 26 Februari 1954 dan menjadi Perdana Menteri Turki sejak 14 Mac 2003. Beliau adalah pengerusi Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) telah memenangi Pilihan raya Umum Turki 2007 baru-baru ini.
Kehidupan Awal
Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.
Menyertai politik
Awalan 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Aktif politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan.
Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Necmettin yang condong kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.
1980 berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan / dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara ( National Salvation Parti). Necmettin telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.
Erdogan telah meninggalkan IETT dan bekerja di sektor swasta. Beliau kemudian menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan bagi semua warga Turki .
Pada 1985 dalam pilihan raya tempatan, Erdogan terpilih sebagai wakil parlimen dari wilayah Istanbul dan menjadi calon untuk jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu. Tetapi gagal memenangi pilihan raya daerah.
Erdogan menjadi calon buat beberapa kali bagi wilayah Istanbul lewat 1980-an. Erdogan tidak mendapat cukup undi pada pilihan raya 1991.
Erdogan terpilih sebagai ahli Parlimen dari wilayah Istanbul tetapi dibatalkan kerana sistem undi yang baru.
Dipenjara 1998
Erdogan dilihat pro Islam pada 1998. Erdogan menjadi salah seorang dari 200 datuk bandar yang wujud di Turki. Beliau menjadi idola dan hero kepada jutaan pengundi yang pro Islam.
1997 Parti Kebajikan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki . 1998 Erdogan bersama lain-lain pemimpin Parti Kebajikan melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi. Perlembagaan Turki telah memansuhkan sistem khalifah sejak Empayar Ottoman . Puak fundamentalis Islam mestilah disekat. Tetapi Erdogan mendakwa dirinya seorang konsevatif agama.
Erdogan dituduh menanamkan kebencian dalam beragama pada 1998 berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Erdogan telah dipenjarakan selama 10 bulan .
Pilihan raya umum 2002Pilihan raya umum 2002
Parti Pembangunan dan Keadilan menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan ekonomi tradisional , gempa bumi 1999 dan lain-lain isu besar lain.
Pilihan raya umum Turki pada 3 November 2002 diadakan dan AKP telah menyertainya buat pertama kali. AKP ternyata menguasai 34.3 % undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai 'kesalahan' sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913.
Abdullah Gul telah memberi 'lorong' kepada Erdogan untuk menjadi Perdana Menteri. Erdogan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer
Saturday, January 31, 2009
Recep Tayyip Erdoğan
Posted by ahlong_13 at 1/31/2009 09:33:00 PM 0 comments
Palestin: Allah Maha Adil
Tatkala aku sedang mencoret artikel ini.. masihkah ramai lagi insan yang hidup di Palestin???? bengang, berang…. Argh… tak puas2 lagikah org Israel nak bunuh rakyat Palestin… sampai bila???
Aku tengok kat TV baru2 ni,ramai kanak2 kecil yg kehilangan saudara mereka….. apa yg mereka tau, mereka masih mentah, masih belum mengerti erti hidup….. tapi mereka cekal, tak secekal aku, azam mereka tinggi…. Sangat tinggi…. Ingin memusnahkan Negara haram Israel di muka bumi, dalam tangisan, tergambar wajah yg tidak pernah luntur dengan semangat JIHAD….
Allah Maha Adil….. di zaman mellinium sebegini, di mana semua kemajuan telah dicapai…. Tapi Allah masih sediakan tempat untuk manusia berjihad…. Palestin….. Negara yg penuh dengan insan2 yg ingin syahid, aku bangga dengan mereka…walaupon aku malu dengan diriku..aper yang aku mampu lakukan??? Hanya mampu melihat saudara2ku seorang demi seorang menemui ajal sebelumku..walaupon ada di antara mereka itu masih mudak…aku hanya mampu memboikot !!! itu sj yg aku mampu , itulah selemah2 perjuangan yg aku mmpu…
aku doakan mereka menemui syurga idaman mereka dengan tenang…Amin….
Posted by ahlong_13 at 1/31/2009 01:29:00 AM 0 comments
Monday, January 12, 2009
tahniah UniMAP
barisan para pemenang kumpulan 2 UniMAP
syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pemain2 catur bestari, terutama skali kumpulan 2 kerana telah memenangi tempat ke-3 dalam kategori aset terbanyak....
tak sia2 kita datang jauh2 , dari perlis ke johor.....
kepada yang menjadi pemain simpanan ,(yang tak main pown ari tu... hehhe) aku ucapkan tahniah juga, walaupown kitorang tak puas hati.... hehehhehe.... yer arr... dah lar tak main, pastu dapat g jakarta,..... saper yang tak jelous..... huahuauahuaua
akupown turut mem"poyo"kan diri bergambar ngan diorang
anyway, akupown tak sangka gak.... kerana korang leh menang, kitorang semua bila nama UniMAP di umumkan, terkedu dan tak sangka pown ader gak... hehehheehe
sekian saja....
Posted by ahlong_13 at 1/12/2009 11:06:00 AM 0 comments
Thursday, January 8, 2009
selamat berjuang rakan2....
assalamualaikum....
hari ni aku nak ucapkan selamat berjuang kepada para sahabatku yang smalam pegi UUM untuk program karniawan,kalu tak silap aku seramai 13 orang.... diorang g sana untuk masuk beberapa pertandingan, antaranya pertandingan booth, Rancangan perniagaan dan banyak lagi..
aku berharap diorang leh mencapai sasaran jualan terbanyak, disebabkan aku adalah share terbesar dalam melaburkan modal untuk booth diorang....hehehehe, bukannya aku tak nak joint diorang, disebabkan aku kena g johor untuk pertandingan catur bestari... ngan member2 aku yang lain , mewakili aku nyer universiti.....
esok hari jumaat, adalah hari bertolak untuk para pelajar yang menyertai catur bestari, termasuk aku skali... kalau tak silap aku 2 bas... aku harap ngan menyertai 2 program ni.... kelab usahawan unimap akan lebih menonjol lagi
Posted by ahlong_13 at 1/08/2009 11:20:00 AM 0 comments
Friday, January 2, 2009
kepntingan memelihara janggut
Kepentingan memelihara janggut dan tidak mencukurnya menurut hadis dan kesepakatan ulama mengenainya.
Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan " (dari Abu Daud)
Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu. " (Ibnu Hibban)
Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan
Hadis #4
Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi
Hadis #5
Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri
Hadis #6
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, " Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami, " ( dari Termizi)
Posted by ahlong_13 at 1/02/2009 08:27:00 AM 0 comments
Cara-cara Kekalkan Kemudaan Wanita
Jikalau ya, cubalah cara -cara yang mudah ini:- 1. Relak minda anda. Senyumlah tidak kira masa. Hidup adalah pendek masanya. Hiduplah dengan bermakna. Lupakan masa lampau, dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. 2. Tidur and bangun awal. Tidur yang nyenyak membantu membina tenaga. 3. Hobi. Seseorang yang mempunyai hobi adalah menghiburkan. 4. Kepada wanita yang sudah berpunya, adalah baiknya untuk anda beraktif dalam aktiviti seks dengan suami. Adalah digalakkan seseorang wanita tidak harus mengelak daripada mengadakan aktiviti seks dengan suami, kerana:-
(a) kelaziman seks menambah aras hormon seseorang wanita, serta dapat mencegah peluang peningkatan penyakit jantung; juga melembutkan sistem fungsi faraj.
(b) kebaikan atau keperluan seks dapat diperoleh melalui kemesraan pasangan hidup anda.
(c) keaktifan seks mencegah peningkatan usia.
(d) kepuasan seks wanita yang berkeluarga memberi kecerahan wajah. 5. Sentiasa mengawal keberatan anda. 6. Memastikan minda anda cergas dan aktif, padahal duduk dalam kelapangan mudah membina fikiran negatif. 7. Buatlah kerja yang baik/ menderma untuk melepaskan ketegangan. 8. Membuat keputusan sendiri. 9. Bersenam selalu, elakkan memakan makanan berlemak, dan makanlah buah-buahan. 10. Elak daripada mengambil sejenis aktiviti pemakanan. Cubalah cara pemakanan yang berbeza untuk keseimbangan badan anda.
Untuk penambahan, Yoga juga merupakan aktiviti yang berkesan dalam kekekalan kemudaan seseorang wanita.
Posted by ahlong_13 at 1/02/2009 12:39:00 AM 0 comments
Thursday, January 1, 2009
1 januari 2009
selamat tahun baru kepada semua teman2 ,sahabat2 dan para bloggers...
tidak terlambat kiranya aku mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430,dan tahun baru masihi... semoga azam tahun ini akan mencapai matlamatnya
sedang kita di malaysia menyambut tahun baru dengan percikan bunga api,tarian,nyanyian dan pelbagai lagi perkara sumbang... adakah kita teringat akan sahabat2 kita yang skarang berada di palestin, mempertahankan tanah air mereka daripada di jajah oleh rejim zionis laknatullah...
terpikirkah kita jika negara kita suatu hari nanti akan dijajah semula...!!!!
adakah pada masa itu kita akan masih lagi sempat untuk ber gembira, masihkah sempat untuk kita bersenang-lenang..... pikirkanlah....
israel sengaja menyerang palestin pada waktu org ramai menyambut tahun baru.... ini kerana semua umat manusia akan sibuk dengan aktiviti menyambut tahun baru tersebut... tanpa menghiraukan masalah palestin.... inikan pula dengan krisis ekonomi global yang begitu meruncing.... israel tanpa segan silu menyerang palestin...
aku berdoa kepada tuhan dengan harapan yang paling tinggi, semoga israel akan lupus di muka bumi ini secepat mungkin.... aku tidak rela melihat saudara seagama denganku itu terseksa dengan peperangan....
ya allah... kukuhkanlah iman dan jiwa saudara2 ku yang berada di palestin....
Posted by ahlong_13 at 1/01/2009 12:30:00 AM 2 comments
31 desember 2008
macam-macam yang berlaku kat aku nyer universiti.... pada hari ni 31/12/2008 universiti aku mmbuat ambang tahun baru.... kiranya buat cowntdown lah tu..... diorang siap kejut lagi budak2 ni.... siap paksa budak2 pegi program2 ni.... tak patut betul arr.....
kesian gak aku tengok member2 aku ni, diorang kena paksa g program tu.... tak wajib pown benda tu...tapi pihak U nak bagi ramai audience.... diorang risau kalau2 tak dapat sambutan.... tapi member2 aku ni lagi bijak... final yearlah katakan..... dah matang sangat ngan program2 kat universiti ni.... boleh tau maner program2 yang patut pegi ngan program yang tak patut pegi...
aper yang aku dapat tau.... dalam program tu.. ader nasyid, pastu ader nyanyi2 sket..... macam2 lah...
kalau nak diikutkan .. memang tak patut program2 cam tu di adakan.... kalu berlaku bencana atau tsunami sekalipon aku sokong.... bukannya aper.. banyak sangat benda2 lagho yg terdapat pada majlis tu... bukannya aku mintak berlagu tsunami...(mintak2 dielakkn)... tapi kalau berlaku tsunami pown memnag patut arr....
akuberharap... U aku kat utara ni akan berubah ... menjadi U yang lebih mendidik mahasiswanya kepada ilmu... aper yang aku tengok diorang lebih banyak kepada hiburan.. lebih2 lagi poco2.... masyaallah....
Posted by ahlong_13 at 1/01/2009 12:19:00 AM 0 comments