»

Tuesday, December 2, 2008

makna "raya haji"..bagi diriku

bagi sesetengah insan.. raya haji kurang bermakna berbanding raya haji...
ini kerana,sudah menjadi kehidupan dan budaya di malaysia, mengagung-agungkan hari raya aidil fitri lebih daripada aidil adha.. aku tidak mempertikaikan semua itu... itu semua adalah haq masing2 untuk menyambutnya.... tap i perlu diingat,beraya biarlah berpada2....

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.

sumber tranungkite



raya haji bagi aku bermaksud"berkorban, banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk menjadi seorang insan yang benar2 tertaqwa, untuk berjaya di dunia dan akhirat, kuita perlulah memiliki ilmu.... untuk mencari ilmu.. banyak perkara yang perlu dikorbankan.... berkorban masa,korban harta,korban tenaga.. dan banyak lagi...

kalau dalam hati kita takder sikap ingin berkorban,nescaya kita tidak akan berada di tempat di mana kita sekarang... aku percaya, setiap insan pernah berkorban, walaupon sedikit.... mesti ada sekelumit rasa pengorbanan dalam diri ini...

aku mengucapkan selamat menyambut hari raya korban dan selamat menunaikan ibadah haji kepada insan2 yang sedang menunaikan ibadah haji di mekah al-mukarramah.....

0 comments: