»

Monday, December 8, 2008

keris yang tumpul jangan dihunus...

pagi raya aidiladha ni, aku banyak baca blog... sebab nak cari ilmu... banyak cabang dan cara untuk mencari ilmu...

isu pilihan raya kuala terengganu, pihak barisan nasional yakin yang mereka akan dapat menawan k.terengganu dengan alasan ,pihak2 pembangkang sekarang sedang dalam pergolakan. itu semua adalah tutur kata yang keluar daripada bakal perdana menteri kita.... setahu aku,barisan nasional lagi teruk krisis dalamannya, terutama skali UMNO.... banyak pihak yang memerhatikan bahawa sangat banyak sub-leader didalam UMNO... banyak wakil yang mempunyai "geng" mereka sendiri... kalau macam cerita hong kong, mereka mempunyai "kawasan & pengaruh" mereka sendiri.... ader perwakilan yang menjanjikan wang kpada mereka yang menyokongnya, ada pula yang sudah menjanjikan itu, dan ini, wal hal.... pemilihan belum bermula...

hari ini, rakyat agak lega dengan penurunan harga minyak petrol dan minyak diesel, walaubagaimanapon, kelegaan tersebut tidak lagi selesa dengan kuasa beli rakyat malaysia yang agak rendah..... jika dahulu, nak beli keperluan harian memang selesa ngan gaji yang kita ada, tapi skarang??? walaupon harga minyak turun, harga barangan tidak turun.... ini semua berpunca daripada kenaikan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham di New York. kalau kat malaysia hari tu... minyak naik sampai 70sen, kenaikan yang sangat melampau.... tak pernah di buat oleh perdana menteri sebelum2 ini..... kesan daripada kenaikan tersebut,... banyak barangan keperluan naik harga, waima harga maggi skarang dah RM1.20 sebungkus....
terkejut gak aku biler nak beli maggi.... berbeza gila harga,.....

kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 dahulu adalah disebabkan ketidak perhatinan & ketidak cekapan pihak kerajaan menjangka peredaran pasaran minyak global... sepatutnya pihak kerajaan menubuhkan suatu badan yang benar2 peka dan boleh membuat keputusan mengenai isu global.... ini tidak.... secara membuta tuli menaikkan harga minyak dan membebankan rakyat...

untuk meng"cover" kesilapan ttg kenaikan harga minyak... diwujudkan sistem ribet.... tapi bagi sesiapa yang dapat lambat, kiranya beruntung, kerana harga minyak skarang RM 1.80 dan masih menerima ribet, pihak kerajaan pula tak boleh menarik balik ribet tersebut walaupon harga minyak dah turun... kerana .. kerajaan berjanji akan menamatkan ribet ini april tahun depan....

kalau nak diikutkan.... memang susah nak idup dizaman sekarang ni.... banyak benda dah naik harga... ish3.... pening2.........

0 comments: