»

Thursday, October 23, 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN.....

siapakah shah rukh khan??? apa sumbangan beliau terhadap Malaysia ??? & apa faedahnya kepada Malaysia dengan penganugerahan title datuk kepada shah rukh khan???

semua ayat2 ni dah banyak kali aku dengar, dan aku fikir..... melalui pembacaan dan perbincangan tidak rasmi kat rumah member aku, sembang pasal perkembangan semasa. maklumlah ..... skarang ni student2 U kena peka dengan perkembangan semasa. kalau tak kena "pijak"......

tajuk i timbul bila ader sorang member aku ni tengok internet baca paper online pasal shah rukh khan, pastu kluarlah citer pasal penganugerahan gelaran "datuk" kepada mamat ni. member2 aku cerita , sepatutnya gelaran tu tak sepatutnya diberi kepada shah rukh khan, bukannya aper.... yerlah, apa sumbangan shah rukh khan kepada negara? aku rasa takda langsung, setakat berlakon dengan background "twin tower" baik tak payah..... banyak lagi artis2 kat Malaysia yang mengharumkan dan banyak sumbangannya kepada Malaysia. sebagai contohnyer... M.nasir, walaupon dia bukannya dilahirkan di Malaysia, atleast dia banyak menyumbangkan buah fikiran dalam bentuk lagu2 yg puitis dan mendalam. sampaikan org memanggil dia sebagai"sifu", aku rasa dia memang patut pon dipanggil sifu... takkan hanya panggilan sifu??? takdak ker gelaran "datuk".

shah rukh khan semasa penganugerahan gelaran datuk pon tak datang ambil, dia antar wakil bagi pihak dier....??? musykil2... tak tau lak aper sebabnyer, segan nak ambik atupon malu. erm... shah rukh khan ni agaknyer dah tau kot dia akan di"serang" kalau datang Malaysia, org ramai akan pertikai kalau dia datang kat Malaysia dan mesti nak mintak penjelasan dia.... ada baiknya kalau dia tak datang Malaysia.... aku kadang2 menyampah gak tengok muka dier... nasib baiklah dia ada buat kenyataan media baru2 ni.... itu pon aku tida puas dengan kenyatannya... korang leh carik sendiri kat internet pasal kenyataan "datuk" ni http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10383?task=view
Ali rustam bagitau sebab yang shah rukh khan dapat gelaran ni ialah 6 daripada filem shah rukh khan mempromosikan negeri melaka...... korang pikir arr sendiri,logik @ tak alasan tu....


memanglah m.nasir bukan lahir kat Malaysia tapi kat singa....pura, sebab yang aku tau kalau artis melayu kat singapore memang takleh nak survive, macam ahli fikir,Taufik Batisah dan banyak lagi.... diorang berhijrah ke Malaysia dengan harapan boleh mencurahkan segala luahan isi hati seorang seniman di negara yang masih lagi banyak org yang nak berhibur(agaknya org malaysia ni hati diorang tak tenteram, tu sebab asyk nak berhibur jer)..... tapi walau bagaimanapon aku "salut" & tabik srping kat m.nasir dan ahli fikir, sebab idea2 diorang memang bernas dan berkualiti. group ahli fikir pon banyak mengetengahkan hasil seni yang cukup mendalam kat rakyat malaysia, aku rasa sebab diorang dah lama duduk kat singa...pura jadi diorang dah tengok sendiri bagaimana kehidupan org me....layu kat sana. bagus gak lagu2 diorang, lagu diorang banyak mengingatkan org melayu supaya bangkit dan sedar daripada keselesaan,kemewahan & keamanan kat malaysia......

bukan aku nak mengagung2kan sangat m.nasir tu, tapi dia adalah salah satu insan yang banyak berjasa kepada negara dalam konteks seni.....


m.nasir


vs

shah rukh khan

0 comments: