»

Friday, October 24, 2008

Nordin Kardi... Naib Cancelor UUM

assalamualaikum dan salam sejahtera.....

pagi ni aku nak kongsi sikit pengetahuan aku tentang Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia ni. aku tertarik untuk mengambil dia sebagai tajuk pagi ni sebab aku tertarik dengan "background" dan keazamannya untuk memajukan universiti2 di Malaysia..

beliau memang banyak pengalaman mengenai selok belok tentang pendidikan. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan pendidikan tinggi termasuk pernah menjawat jawatan pensyarah selama lebih 20 tahun, kaunselor pelajar, pengetua kolej kediaman pelajar, timbalan dekan dan ahli senat di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan perintis kepada penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Di LAN beliau dipertanggungjawabkan untuk menyediakan akreditasi bagi Program Sains Sosial di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Penglibatan beliau secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bermula sejak beliau masih lagi menuntut di universiti dengan memegang pelbagai jawatan seperti Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu persatuan yang memperjuangkan kepentingan pendidikan anak bangsa.



untuk pengngetahuan umum, beliau memacu UUM semenjak 2005(kalau tak silap aku lah), banyak ""pembaharuan" yang telah di buat oleh beliau di UUM. seperti yang kita tahu UUM memang terkenal dengan identiti sebagai universiti yang banyak melahirkan graduan yang berilmukan ekonomi. aku ada seorang kenalan di UUM,diorang cakap kat UUM semua kena pakai duit, itu duit, ini duit,...... kalau boleh semua benda pon kena pakai duit. waima benda yg remeh2 pon nak pakai duit gak.... diorang cakap memang agak sukar nak belajar di sana...

hari tu aku ader pegi kat UPM atas tiket menghadiri perhimpunan pemimpin keusahawanan pelajar institusi pengajian awam kali pertama 2007. pada program tu beliau dijemput dalam salah satu forum.... masa tu memang itu adalah kali pertama aku berdepan dengan naib caselor UUM, memang kurang percaya, sebab aku tengok dia nyer dressing memang sempoi, baju batik + sluar slack..... kalau di ikutkan, kalau aku jumpa dia kat tepi jalan pon aku tak tau pon yang dia tu antara tunjang UUM.

dalam forum tu, dia bagi pandangan yeng memang logik dan menarik. atas kapasiti pemimpin keusahawanan, aku dapat lihat banyak sebenarnya peluang yang masih ada untuk kita, (sebagai title mahasiswa) untuk berbisness.... banyak pandangan beliau yg sangat berguna untuk dijadikan penunjuk jalan ketika kita ingin membuat bisness...


baru2 ni aku ade baca kat internet tentang background dia ni, ( ntah camner lak ari tu minat nak cari pasal dier), rupa2nya dia telah banyak berjuang untuk kera...jaan. Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UUM, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) bagi tempoh selama hampir tujuh tahun mulai Februari 1999. Sepanjang perkhidmatan beliau di BTN, pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.... seperti yang kita tahu, BTN adalah program yang dibuat oleh kera...jaan untuk menyuntik dan meracuni fikiran pelajar dan mahasiswa. tapi aku bersyukur sebab member2 aku tak mudah terpengaruh ngan dakyah2 camni. member2 aku banyak yang berhaluan kiri ataupon yang duduk diam saja. duduk diam aku rasa lebih baik drpd percaya dengan segala macam dakyah dan propaganda BTN....

bagi pandangan aku, nordin kardi ni jenis orng yang banyak idea yang merapu tapi ade sesetengahnyer yang benar dan logik. seperti apa yang di cadangkan semasa debat minyak antara DSAI ngan saberi chik :

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI:

Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih



dari sini aku dah dapat lihat pemikirannya yang boleh dikatakan agak kolot dan merapu, sehinggakan dalam satu blog http://perisik-rakyat.com/search/label/Debat%20Anwar%20-%20Shabery anak penulis mendakwa nordin menanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan debat tersebut, si penulis memberitahu si anak supaya belajar rajin2 tapi jangan masuk UUM, nak tergelak jugak bila aku dengar ayat tu... aper2 pon aku berharap naib canselor lain tak macam tu .... termasuklah aku nyer naib canselor

wassalam




Thursday, October 23, 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN.....

siapakah shah rukh khan??? apa sumbangan beliau terhadap Malaysia ??? & apa faedahnya kepada Malaysia dengan penganugerahan title datuk kepada shah rukh khan???

semua ayat2 ni dah banyak kali aku dengar, dan aku fikir..... melalui pembacaan dan perbincangan tidak rasmi kat rumah member aku, sembang pasal perkembangan semasa. maklumlah ..... skarang ni student2 U kena peka dengan perkembangan semasa. kalau tak kena "pijak"......

tajuk i timbul bila ader sorang member aku ni tengok internet baca paper online pasal shah rukh khan, pastu kluarlah citer pasal penganugerahan gelaran "datuk" kepada mamat ni. member2 aku cerita , sepatutnya gelaran tu tak sepatutnya diberi kepada shah rukh khan, bukannya aper.... yerlah, apa sumbangan shah rukh khan kepada negara? aku rasa takda langsung, setakat berlakon dengan background "twin tower" baik tak payah..... banyak lagi artis2 kat Malaysia yang mengharumkan dan banyak sumbangannya kepada Malaysia. sebagai contohnyer... M.nasir, walaupon dia bukannya dilahirkan di Malaysia, atleast dia banyak menyumbangkan buah fikiran dalam bentuk lagu2 yg puitis dan mendalam. sampaikan org memanggil dia sebagai"sifu", aku rasa dia memang patut pon dipanggil sifu... takkan hanya panggilan sifu??? takdak ker gelaran "datuk".

shah rukh khan semasa penganugerahan gelaran datuk pon tak datang ambil, dia antar wakil bagi pihak dier....??? musykil2... tak tau lak aper sebabnyer, segan nak ambik atupon malu. erm... shah rukh khan ni agaknyer dah tau kot dia akan di"serang" kalau datang Malaysia, org ramai akan pertikai kalau dia datang kat Malaysia dan mesti nak mintak penjelasan dia.... ada baiknya kalau dia tak datang Malaysia.... aku kadang2 menyampah gak tengok muka dier... nasib baiklah dia ada buat kenyataan media baru2 ni.... itu pon aku tida puas dengan kenyatannya... korang leh carik sendiri kat internet pasal kenyataan "datuk" ni http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10383?task=view
Ali rustam bagitau sebab yang shah rukh khan dapat gelaran ni ialah 6 daripada filem shah rukh khan mempromosikan negeri melaka...... korang pikir arr sendiri,logik @ tak alasan tu....


memanglah m.nasir bukan lahir kat Malaysia tapi kat singa....pura, sebab yang aku tau kalau artis melayu kat singapore memang takleh nak survive, macam ahli fikir,Taufik Batisah dan banyak lagi.... diorang berhijrah ke Malaysia dengan harapan boleh mencurahkan segala luahan isi hati seorang seniman di negara yang masih lagi banyak org yang nak berhibur(agaknya org malaysia ni hati diorang tak tenteram, tu sebab asyk nak berhibur jer)..... tapi walau bagaimanapon aku "salut" & tabik srping kat m.nasir dan ahli fikir, sebab idea2 diorang memang bernas dan berkualiti. group ahli fikir pon banyak mengetengahkan hasil seni yang cukup mendalam kat rakyat malaysia, aku rasa sebab diorang dah lama duduk kat singa...pura jadi diorang dah tengok sendiri bagaimana kehidupan org me....layu kat sana. bagus gak lagu2 diorang, lagu diorang banyak mengingatkan org melayu supaya bangkit dan sedar daripada keselesaan,kemewahan & keamanan kat malaysia......

bukan aku nak mengagung2kan sangat m.nasir tu, tapi dia adalah salah satu insan yang banyak berjasa kepada negara dalam konteks seni.....


m.nasir


vs

shah rukh khan

Monday, October 20, 2008

Pohon Para Syuhada

artikel ni aku dapat daripada email aku kamal.ahlong@gmail.com

hayatilah artikel ini......

Ahad, 5 Ogos 2007

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
"Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah"

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!

Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!






Subhaanallah...Jelas kelihatan daun-daun segar tumbuh di celah-celah pohon yang telah mati...Sungguh! Ia menjadi tanda bagi orang-orang berfikir...



Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...



Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan
keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...





Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah



Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...

wallhua'lam

Sunday, October 19, 2008

Ayat - Ayat Cinta




best ker cerita ni ? ?



aku terpanggil untuk berbicara tentang cerita ni. ianya bermula apabila aku tengok preview tentang cerita ni kat tv3,lepas tengok preview tu aku rasa tertarik pulak nak tengok cerita ni, apa taknyer, dengar dia punya lagu dan jalan cerita pon macam menarik...... satu lagi yang membuatkan aku rasa nak tengok citer ni ialah biler member aku yang kurang minat tengok cerita -cerita asia ni promote kat aku, dia biasanya suka tengok citer org putih & cerita action, kalau dia pon dah tengok? takkan aku tak tengok...... rugi beb.... hahahha....

apa yang aku tahu cerita ayat-ayat cinta ni diolah berdasarkan novel
tulisan seorang anak muda indonesia yang sangat berbakat Habiburrahman El-Shirazy
yang juga lulusan al-azhar...

kat bawah ni aku ader ambik sinopsis dari internet

" Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekadar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha membuat masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Bermatlamatkan dengan berbagai

macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh penghayatan kecuali satu iaitu menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal erti berpasangan sebelum menikah. Dia kurang artikulatif dikala berhadapan dengan mahluk bernama wanita. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? perpindahannya ke Mesir membuat hal itu sama sekali berubah. Tersebutlah Maria Girgis. seorang jiran di flatnya yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan mengagumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diari sahaja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang tuan guru terkenal yang juga mencari ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang sekali, fahri yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menunggu-nunggu.

Setelah itu ada Noura. Juga jiran yang selalu didera oleh Ayahnya sendiri. Fahri sangat bersimpati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya sekadar bersimpati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih daripada itu. Dan kemudiannya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak sanggup membohongi hatinya.

Lalu bagaimana anak desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bolehkah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?"

aku harap korang luangkan masa tengok cerita ni. kalau dihayati memang banyak pengajaran yang kita boleh dapat.........erm , oklah....selamat menonton ;P



men VS wowen....

hari ni kat aku nyer universiti ader buat program 7 pillars, program yang wajib dihadiri oleh semua pelajar untuk melayakkan mereka mendapat segulung ijazah. yang aku tau, kat universiti2 lain kat malaysia ni takdak pulak progrm macam tu. aku pon tak paham lah..... kenapa benda2 ni dibuat, kalau menyenangkan takperla jugak, ni banyak menyusahkan , terutama skali org yg mcm aku ni, final year student. Anyway biarkanlah "mereka"(org politik kat universiti yang membina dan memikirkan tentang benda2 karut ni) dengan dunia mereka. asalkan aku leh grad ngan "AMAN", tanpa gangguan dan ancaman.....

berbalik pada topik kat atas tadi, aku dapat tengok keletah dan karenah pelajar2 kat aku nyer universiti.... klakar pon ader gak,nak tergelak aku dibuatnya...hahahha..... pelik2....... kitorang diletakkan dalam 1 dewan kuliah,yang dihuni oleh 267 pelajar, pastu di pecahkan kepada 2 group, "men"dan "women". dan lepas tu bermulalah sesi hentam-menghentam.....

rupa-rupanya ader gak lagi perangai2 kebudak2an yang masih tertanam kat member2 aku... hujah2 diorang pon aku tengok ader yang kurang bernas.bukan aku nak "back up" student laki, tapi kalau dinilai secara profesional aku tengok student laki lebih teratur dan bernas hujah2 mereka, student2 pompuan hanya berhujah dengan penuh emosi. Aku pon ader gak terfikr kalau ader ahli panel yang melihat situasi tadi...... ish3... aku rasa mali gak, sebab ada gak cara penyampaian dan perwatakan yang kurang elok aku tengok yang ditonjolkan oleh mereka. memang tak salah kalau aku katakan, kalau kita nak tau hati budi member kita yang sebenar cuba buat dia marah, kalau dia ok jer dan dapat sattlekan masalah dengan baik, maknanya dia adalah kawan yang sejati....

tapi yang aku dapat tengok banyak rupanya member2 aku yang kurang elok perangainya da n perlu dijauhi. aku ni kalau berkawan tak mengira usia tempat dan latar belakang, aku kawan ngan semua org, but not serios.... pasal debat tu pulak.... dalam hujah diorang, diorang lebih banyak mengutuk jantina yang berlawanan tanpa beralas dan berfakta.... ish3..... teruk2...kalau dah kutuk mengutuk mulalah kluar bahasa yang korang sopan dan aku boleh katakan kurang ajar... tapi tak semua lar.... aku harap pada member2 aku yang baca blog ni boleh berfikir secara waras.....

debat2 yang macam tu aku anggap memang bagus, bukannya aper at least, diorang ader gak guna akal dan fikiran diorang. Kalau tak... asyik mengadap buku jer..... muka pon dah naik petak macam muka buku.... hahahhaa
jangan marah erk rakan2......

akhir skali, aku nak budak2 kat aku nyer universiti ni jadilah insan yang tidak ketinggalan zaman,so mereka kenalah peka dengan segala macam informasi tentang apa jua fakta dan maklumat.......

blogers.....

aper yang best sangt ttg buat blog ni?
haha.... itu kadang2 soalan yang kluar dari mulut sesetengah org yang aku anggap diorang ni jenis org yang tak minat untuk berkarya ataupon jenis org yang tak nak tau pon pasal perkembangan semasa. bukannya aku nak "kondem" diorang, kalau semua org buat blog saper pulak yang nak baca? tol tak? hahaha....

kalau semua kat dunia ni org kaya, saper lak nak jadi org miskin ? betul tak?
erm..... kat dunia ni allah dah ciptakan semuanya berpasang2an dan saling melengkapi. so bagi diorang yang tak minat nak membuat blog ni aku sarankan bacalah blog2 yang boleh menajamkan minda. ini kerana kat negara malaysia yang dikatakan "bebas,aman dan makmur" ni masih lagi ramai masysrakat terutama skali golongan mahasiswa yang kononnya dah terlalu pandai, sampaikan benda2 yang basic tentang isu2 semasa pon diorang tak tau.... ish3... kalau org bukan lepasan universiti tu org lain tak kisah sangat sebab diorang memng kurang berpelajaran, ni tidak, dahla keluar dari universiti hebat2, isu semasa pon tak tau....

aku harap semua masiswa kat malaysia ni kena peka tentang isu2 semasa, jangan terlampau selesa dengan keadaan malaysia yang tengah "aman", manerlah tau kalau2 suatu masa nanti malaysia tak aman??? korang nak buat aper?? adakah korang dah buat persediaan yang mencukupi??..... aku pon mengaku yang aku ni pon tak prepare dengan perfect, atlist kita kena ade gak persediaan yang mencukupi....

dengan adanya banyak bloggers kat malaysia ni, banyak pandangan2 diorang yang bernas, kalau nak diikutkan, sekiranya kita kumpul idea2 dan pandangan diorang pastu jadikan surat khabar, aku rasa paper2 yang "hot" kat pasaran skarang ni (bharian, utusan,nstp) pon leh kalah, bukannya aper..... kalau nak dikaji meraka ni memang ada idea dan pandangan yang bernas, cuma tak semua org mahu mendengarnya, kalau nak dengar pon hanyalah golongan bloger gak...

sekian.... renung2kanlah aku nyer coretan ni, kalau korang ader aper2 pandangan..... korang leh bagi komen

bermulanya suatu lonjakan.......

tergerak untuk aku menulis blog. benda ni dah lama aku nak buat, tapi tak terbuat2, hehehe.... maser tu takder idea nak tulis aper, dalam blog ni aku nak kongsi pandangan aku secara peribadi tentang isu2 semasa, politik dan sedikit sebanyak tentang perniagaan, sebab 3 benda ni memang aku minat dan boleh dikatakan pro. kat blog ni juga aku nak kongsi ngan korang pengalaman2 aku ...... diharap korang semua enjoy ;p