»

Wednesday, July 22, 2009

Syabas PAS..


Memang sengit pilihn raya di manek urai kali ini… apa tidaknyer,saingan daripada BN cukup kuat,dengan majority hanya 65 undi. Memang tepatlah jangkaan aku sebelum ini…
Seperti yg aku tulis sebelum ini,PAS takkan menang mudah di manek urai,lebih2 lagi dengan isu politik dalaman yang melanda PAS. Namun bagaimanapown, aku mengucapkan setinggi2 tahniah kepada PAS kerana Berjaya mengekalkan kerusi di manek urai. Tetapi, aku ingin menasihatkan kepada PAS agar segera menyelesaikan isu dalaman parti tersebut agar rakan2 di pakatan rakyat akan terus utuh bersama2 PAS memperjuangkan hak masing2.
Bagi BN pula, walaupown mereka kalah dengan majority yg sedikit berbanding PRU mac tahun lalu,mereka bangga. Mereka berpendapat,bahawa penduduk2 di manek urai sudah sedia menerima perubahan…Nampak gayanya, BN perlu mengasah parang dengan lebih tajam di masa hadapan, agar dapat menewaskan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil(sekiranya ada) di semenanjung.
Jika di imbas, BN tidak pernah menang di semenanjung apabila pilihan raya kecil diadakan, seperti yg kita ketahui,bukit gantang, bukit selambau,permatang pauh,dan semalam di manek urai… semuanya kalah ke tangan pakatan rakyat,Cuma 1 kerusi saja itu pown di Sarawak (batang Ai),kalau di semenanjung… BN memang tidak ader peluang langsung untuk menang…
Aku dengar ada ura2 yg BN akan meminta kiraan semula untuk undi di manek urai, ini kerana… undi rosak adalah lebih tinggi berbanding majoriti, sekiranya undi dikira semula… BN berharap mereka akan dapat merapatkan jurang dengan PAS…
Diharapkan, BN akan terus menjadi lawan yg setia kepada pakatan rakyat….jangan jemu dan jangan gentar.. hehhe… usaha lagi dengan mencari isu2 yg lebih hangat
Kepada calon PAS aku berharap agar dia sentiasa berdamping dengan penduduk tempatan dan bekerja untuk mereka…sekian wassalam…..

0 comments: