Tak sia2 nampaknya BN menarik diri daripada menyertai pilihan raya di penanti. apa tidaknya.... kalau depa joint pown comferm kalah, kalau joint pown buat malu jer dan menghabiskan duit rakyat.... hehehehe..
kepada Mansor Othman, tahniah saya ucapkan... menang besar pulak tu... tapi lepas ni diharapkan anda membuat tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik2 nya..
kepada wakil bebas, jangan susah hati, cuba lagi di lain masa.. jangan ikutkan sangat perasaan, lain kali kalau nak masuk bertanding pikir dulu masak2, jangan diikutkan sangat perasaan, walaupown kita dulu org kuat sesuatu parti,kluar parti... pastu..... oleh kerana nak melepaskan geram, kita bertanding sebagai calon bebas..... last2 kalah...
apa2 pown.. selamat bermuhasabah diri kepada semua wakil rakyat, dan tidak lupa juga selamat bertanding kepada wakil rakyat yg akan bertanding di manik urai akan datang...
wassalam...
Monday, June 1, 2009
Tahniah Mansor Othman
Posted by ahlong_13 at 6/01/2009 12:25:00 PM 0 comments
Saturday, May 2, 2009
Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta
Warganegara : England
Umur : 34 tahun
Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,
bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim
yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.
Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)
Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.
Jualan : Seluruh dunia.
Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.
Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.
Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,
Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.
Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan
pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang
buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah
mencecah $100 juta pound.
Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café
dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana
beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.
Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!
Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,
berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus
ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.
Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.
Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,
beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.
Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!
Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut
kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam
hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.
Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter
mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.
Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang
dewasa ramai yang meminatinya.
Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan
dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)
Posted by ahlong_13 at 5/02/2009 01:33:00 AM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Malaysia, Great Place For Mafia
read this link
Posted by ahlong_13 at 4/28/2009 03:38:00 PM 0 comments
Sunday, April 26, 2009
UMNO letak "taiko"
UMNO selangor -Najib Razak
UMNO wilayah- Muhyiddin Yassin
UMNO penang - Ahmad Zahid Hamidi
UMNO kedah - Shafei Afdal
UMNO kelantan - Mustapa Mohamed
negeri pakatan rakyat semua dijaga oleh taiko2 UMNO.....
UMno tidak lagi mmberi kepercayaan kepada barisan pemimpin yg dahulu..
kita tunggu dan lihat.. adakah rancangan kali ini berjaya dilakukan....
kita nantikan kesudahannya pada pilihan raya Umum
ke -13
Posted by ahlong_13 at 4/26/2009 09:44:00 AM 0 comments
syabas selangor
malam tadi sempat jugak aku luangkan masa melihat aksi pasukan selangor bermain di stadium nasional bukit jalil dalam final piala FA
selangor bukan melawan dengan calang2 pasukan,pasukan KELANTAN.... pasukan yg begitu gah pencapaiannya pada musim ini.
setelah kali terakhir beraksi di final pada tahun 1970,kelantan semangnya mengidamkan piala FA...jika diikutkan,pasukan pada musim ini memang mantap, dengan barisan pemain yg begitu dahagakan kemengan, menjadikan saingan malam tadi memang mantap..
buktinya, kelantan telah mendahului jaringan gol menyebabkan JANTUNG aku nk luruh.... aper taknyer... kat kedai makan tu... aku sorang yg memang org selangor... member2 aku yg lain ... ramai org kelantan, ader gak yg support aku... budak2 pahang ngan perak, saer nak bagi seronok tengok bola....
kalau nak diikutkan, aku maner minat sangat tengok bola, tapi oleh kerana selangor main kat final... aku gagahkan dri tengok gak,... lagi pon aku tak makan malam lagi.. perut pon lapar, aku ajak ar mmber aku yg nak tengok bola... ramai gak...
tapi yg makan kat keda tu tak ramai.... tp ok ar... tempat tu memang best...
lepas jer gol pertama, mmber2 kelantan aku sorak sakan, aper taknyer.... gol pertama boleh jadi psyko untuk gol2 yg seterusnya... aku dah mula mental down.... nasib baik boleh seri 1-1
heeehehehhe
penalti lagilah... aku dah pasrah jer.... sbb penalti ni memang "LUCK".. kalau nasib baik..... dapatlah gol.. kalau x, meranalah..
anyway bola malam tadi memang best, aku respek ngan kdua2 pasukan, pasukan kelantan lebih2 lagi... sebab mereka bermain bermati2an untuk menjuarai saingan tersebut.... tapi... tuah tidak menyebelahi diorang....
syabas skali lagi aku ucapkan kepada SELANGOR...
RED GIANT memang best.
hehhehe
Posted by ahlong_13 at 4/26/2009 12:54:00 AM 0 comments
Thursday, April 23, 2009
Nama-Nama Tempat Terpanjang di Dunia
1. Krung thep mahanakhon bovorn ratanakosin mahintharayutthaya mahadilok pop noparatratchathani burirom udomratchanivetmahasathan amornpiman avatarnsathit sakkathattiyavisnukarmprasit
Ya, inilah nama asli dari kota Bangkok di Thailand dalam bahasa Thai, yang rasmi menjadi nama tempat terpanjang di dunia, orang Thailand sendiri menyingkatnya menjadi Krung Thep saja atau maksudnya adalah “Kota Malaikat”.
2.Taumatawhakatangihangak oauauotamateaturipukaka pikimaungahoronukupokaiwhe nua kitanatahu
ini adalah nama lembah di Selandia Baru dari sebuah nama Maori (suku asli di Selandia Baru) yang maksudnya lebih kurang : “Tempat di mana Tamate, orang dengan lutut yang besar, yang tergelincir, memanjat dan mendaki gunung, yang dikenal sebagai ‘pemakan daratan’, yang bermain seruling (flute) untuk kekasihnya”
3. Gorsafawddachaidraigddanheddogleddollonpenrhynareurdraethceredigion
Na nama sebuah stesyen di Gwynedd, Wales, Uni Kerajaan yang dipaksakan oleh Fairbourne Steam Railway untuk menandingi nama terpanjang ketiga di dunia yang juga berada di Wales pada poin ke 4 di bawah ini. maksud nama tersebut adalah: “Stasiun Mawddach dengan gigi2 naganya di Jalan Penrhyn Utara di pantai emas Teluk Cardigan”.
4. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch
Haha… ini juga berada di Wales, tepatnya adalah sebuah desa, panjang namanya saingan dengan nama tempat nomor 3 di atas, artinya kurang lebih adalah: “Gereja St. Mary yang berada pada lubang di pohon hazel putih di dekat pusaran air cepat di Gereja St. Tysilo dekat Gua Merah”.
5. El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles de la Porciúncula
Di antara nama2 terpanjang yang terpampang di sini, mungkin inilah nama terpanjang yang tempatnya paling terkenal (walaupun nama panjangnya tidak dikenal), ya inilah nama rasmi kota Los Angeles di California, Amerika Serikat. Dari Bahasa Spanyol yang maksudnya adalah: “Kota Nyonya kita: Ratu dari malaikat2 Porciúncula”. walaubagaimana pon, nama panjang di atas telah dipendekkan menjadi L.A. saja, menjadi salah satu nama terpendek di dunia.
6. Chargoggagoggmanchaugagoggchau bunagungamaug
Sebuah danau di Webster, Massachussetts, Amerika Serikat yang diambil dari bahasa Indian setempat yang maksudnya: “Kamu memancing di daerahmu, Aku memancing di daeraku, dan tidak boleh ada orang yang memancing di tengah2″.
7. Lower North Branch Little Southwest Miramichi
Sebuah sungai pendek di New Brunswick, Canada
8. Villa Real de la Santa Fé de San Francisco de Asis
Nama asal untuk Santa Fe di New Mexico, Amerika Serikat. maksudnya: “Kota Kerajaan dari Kepercayaan Suci Santo Fransiskus dari AsisiPosted by ahlong_13 at 4/23/2009 10:11:00 PM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
blog aku berwajah baru...
hehehhehe....
sedap gak mata aku memndang pembaharuan dalam blog aku ni..
memang best... tak jemu rasanya mata aku memandang..
bukan nak membongkak.. tapi rasa puas tu memng terasa apabila aku sendiri dapat merasakan yang blog aku ni nampak menarik berbanding dahulu..
klau dulu... aku nyer blog warna hitam kelam... kusam dan tidak menarik, nak baca pown tak berapa nak layan, tapi aku dapat link kat internet ni,.... ader banyak design2 yg menarik
apa lagi ,.... aku mulakan pencarianku..
dan akhirrnya terhasillah.. blog aku yang baru.... aku rasa korang pown camtu gak, korang akan rasa puas bila korang nyer blog nampak menarik..
sekian, selamat membaca
Posted by ahlong_13 at 4/21/2009 07:08:00 PM 0 comments