»

Tuesday, April 28, 2009

Malaysia, Great Place For Mafia

read this link

Sunday, April 26, 2009

UMNO letak "taiko"

UMNO selangor -Najib Razak
UMNO wilayah- Muhyiddin Yassin
UMNO penang - Ahmad Zahid Hamidi
UMNO kedah - Shafei Afdal
UMNO kelantan - Mustapa Mohamed

negeri pakatan rakyat semua dijaga oleh taiko2 UMNO.....
UMno tidak lagi mmberi kepercayaan kepada barisan pemimpin yg dahulu..
kita tunggu dan lihat.. adakah rancangan kali ini berjaya dilakukan....

kita nantikan kesudahannya pada pilihan raya Umum

ke -13

syabas selangor

malam tadi sempat jugak aku luangkan masa melihat aksi pasukan selangor bermain di stadium nasional bukit jalil dalam final piala FA


selangor bukan melawan dengan calang2 pasukan,pasukan KELANTAN.... pasukan yg begitu gah pencapaiannya pada musim ini.

setelah kali terakhir beraksi di final pada tahun 1970,kelantan semangnya mengidamkan piala FA...jika diikutkan,pasukan pada musim ini memang mantap, dengan barisan pemain yg begitu dahagakan kemengan, menjadikan saingan malam tadi memang mantap..

buktinya, kelantan telah mendahului jaringan gol menyebabkan JANTUNG aku nk luruh.... aper taknyer... kat kedai makan tu... aku sorang yg memang org selangor... member2 aku yg lain ... ramai org kelantan, ader gak yg support aku... budak2 pahang ngan perak, saer nak bagi seronok tengok bola....

kalau nak diikutkan, aku maner minat sangat tengok bola, tapi oleh kerana selangor main kat final... aku gagahkan dri tengok gak,... lagi pon aku tak makan malam lagi.. perut pon lapar, aku ajak ar mmber aku yg nak tengok bola... ramai gak...
tapi yg makan kat keda tu tak ramai.... tp ok ar... tempat tu memang best...

lepas jer gol pertama, mmber2 kelantan aku sorak sakan, aper taknyer.... gol pertama boleh jadi psyko untuk gol2 yg seterusnya... aku dah mula mental down.... nasib baik boleh seri 1-1
heeehehehhe

penalti lagilah... aku dah pasrah jer.... sbb penalti ni memang "LUCK".. kalau nasib baik..... dapatlah gol.. kalau x, meranalah..

anyway bola malam tadi memang best, aku respek ngan kdua2 pasukan, pasukan kelantan lebih2 lagi... sebab mereka bermain bermati2an untuk menjuarai saingan tersebut.... tapi... tuah tidak menyebelahi diorang....


syabas skali lagi aku ucapkan kepada SELANGOR...
RED GIANT memang best.

hehhehe

Thursday, April 23, 2009

Nama-Nama Tempat Terpanjang di Dunia

1. Krung thep mahanakhon bovorn ratanakosin mahintharayutthaya mahadilok pop noparatratchathani burirom udomratchanivetmahasathan amornpiman avatarnsathit sakkathattiyavisnukarmprasit

Ya, inilah nama asli dari kota Bangkok di Thailand dalam bahasa Thai, yang rasmi menjadi nama tempat terpanjang di dunia, orang Thailand sendiri menyingkatnya menjadi Krung Thep saja atau maksudnya adalah “Kota Malaikat”.

2.Taumatawhakatangihangak oauauotamateaturipukaka pikimaungahoronukupokaiwhe nua kitanatahu

ini adalah nama lembah di Selandia Baru dari sebuah nama Maori (suku asli di Selandia Baru) yang maksudnya lebih kurang : “Tempat di mana Tamate, orang dengan lutut yang besar, yang tergelincir, memanjat dan mendaki gunung, yang dikenal sebagai ‘pemakan daratan’, yang bermain seruling (flute) untuk kekasihnya”

3. Gorsafawddachaidraigddanheddogleddollonpenrhynareurdraethceredigion

Na nama sebuah stesyen di Gwynedd, Wales, Uni Kerajaan yang dipaksakan oleh Fairbourne Steam Railway untuk menandingi nama terpanjang ketiga di dunia yang juga berada di Wales pada poin ke 4 di bawah ini. maksud nama tersebut adalah: “Stasiun Mawddach dengan gigi2 naganya di Jalan Penrhyn Utara di pantai emas Teluk Cardigan”.

4. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Haha… ini juga berada di Wales, tepatnya adalah sebuah desa, panjang namanya saingan dengan nama tempat nomor 3 di atas, artinya kurang lebih adalah: “Gereja St. Mary yang berada pada lubang di pohon hazel putih di dekat pusaran air cepat di Gereja St. Tysilo dekat Gua Merah”.

5. El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles de la Porciúncula

Di antara nama2 terpanjang yang terpampang di sini, mungkin inilah nama terpanjang yang tempatnya paling terkenal (walaupun nama panjangnya tidak dikenal), ya inilah nama rasmi kota Los Angeles di California, Amerika Serikat. Dari Bahasa Spanyol yang maksudnya adalah: “Kota Nyonya kita: Ratu dari malaikat2 Porciúncula”. walaubagaimana pon, nama panjang di atas telah dipendekkan menjadi L.A. saja, menjadi salah satu nama terpendek di dunia.

6. Chargoggagoggmanchaugagoggchau bunagungamaug

Sebuah danau di Webster, Massachussetts, Amerika Serikat yang diambil dari bahasa Indian setempat yang maksudnya: “Kamu memancing di daerahmu, Aku memancing di daeraku, dan tidak boleh ada orang yang memancing di tengah2″.

7. Lower North Branch Little Southwest Miramichi

Sebuah sungai pendek di New Brunswick, Canada

8. Villa Real de la Santa Fé de San Francisco de Asis

Nama asal untuk Santa Fe di New Mexico, Amerika Serikat. maksudnya: “Kota Kerajaan dari Kepercayaan Suci Santo Fransiskus dari Asisi

Tuesday, April 21, 2009

blog aku berwajah baru...

hehehhehe....

sedap gak mata aku memndang pembaharuan dalam blog aku ni..
memang best... tak jemu rasanya mata aku memandang..
bukan nak membongkak.. tapi rasa puas tu memng terasa apabila aku sendiri dapat merasakan yang blog aku ni nampak menarik berbanding dahulu..

klau dulu... aku nyer blog warna hitam kelam... kusam dan tidak menarik, nak baca pown tak berapa nak layan, tapi aku dapat link kat internet ni,.... ader banyak design2 yg menarik
apa lagi ,.... aku mulakan pencarianku..

dan akhirrnya terhasillah.. blog aku yang baru.... aku rasa korang pown camtu gak, korang akan rasa puas bila korang nyer blog nampak menarik..

sekian, selamat membaca

F.A.K.T.A.

Tahukah anda bahawasanya KUBANG PASU itu adalah sebuah negeri suatu ketika dulu dan mempunyai Sultan dan pemerintahannya sendiri dan KEDAH pula adalah sebuah NAGARA KEDAH (search kat google "nagara kedah") yg jajahannya hingga ke SIAM (Benua Islam Kedah ...."merujuk kepada Undang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 171 lampiran 65, manuskrip bertulisan jawi yang diwartakan pada tahun 222 Hijrah bersamaan 812 masihi"
~~~~~~~
Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan "Dasar Rathinayok" untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.
~~~
Tahukah anda,
- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot
~~~~~
NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami
Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat
Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa
Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja
Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Monday, April 20, 2009

beranikah BN di Penanti??

ringan pulak rasanya pagi ini diriku ingin menulis blog...

seperti yg kita sedia maklm.... DUN penanti kini dikosongkan oleh bekas timbalan ketua menteri 1 pulau pinang. dengan pengosongan secara rasmi itu, maka dengan ini terbukalah peluang untuk diadakan PRK di pulau pinang. semenjak PRU-12 pada 2008, 4 pilihan raya kecil telah diadakan, dan semuanya jatuh ke tangan PR,kalau dulu kuala terengganu dimenangi oleh BE END, tetapi pada PRK kali ini dimenangi oleh PAS,kalau diikutkan, sudah banyak wang rakyat yg dibazirkan oleh BN, apa tidaknya... semua wang rakyat banyak digunakan untuk memancing undi.... tapi tak terpancing2 pown...

kalau kat semenanjung ni bijak2 pengundinya, duit yg BN bagi diorang sapu, pastu kala maser mengundi diorang pangkah PR... memang org semenanjung "smart",aku respek ngan diorang... sbb pandai berlakon.. BN banyak mendapat kerusi parlimen daripada malaysia timur... sbb org kat sana masih dahagakan "kemajuan" yg di war2kan oleh BN. ada satu masa tu, aku ader terbaca kat Bharian @ Utusan, aku pown tak ingat maner 1,ader seorang ahli parlimen sabah ni, meminta negeri sabah dimajukan, kerana sabah adalah salah satu negeri termiskin di Malaysia, sampaikan dia cakap " jangan sampai satu masa nnti,rakyat sudah tidak menyokong barisan nasional", ahli parlimen ni memang otai kalau tak silap aku, dia cakap main lepas jer... tapi kalau nak diikutkan memng betul pown, kat malaysia timur sangat kurang kemajuan.... wal hal banyak hasil bumi yg malaysia ambik... tapi tak nak majukan negeri tersebut...

aku tengok muka PM kita skarang ni pown dah naik pening, apa tidaknya... kalau ader PRK jer mesti kalah, terutama kat semenanjung.. tu yg aku ddengar desas - desus yg menyatakan BN tak nak "melabur" banyak sangat kat Penanti, takut2 diorang takk berbaloi... tapi tak tu arr camner PRK akan datang ni.... adakah itu hanyalah suatu lakonan perdana menteri kita yg baru, baru tapi "comot".. hehehhe

apa2 pown.. kita nantikan PRK nanti....
di Penanti, Pulau Pinang...

$3L@mat BerJuang para sahabatku....

pada pagi yang hening ini,sebelum azan subuh berkumandang... sempat jua aku membuat sedikit nukilan.... sambil mendengar irama lagu alunan kitaro yang bertajuk "mirage",sungguh mendamaikan jiwa... kebetulan pula baru sebentar tadi ujan baru sahaja reda.... nyaman,tenang dan damai, itu kata2 yg aku mampu keluarkan dikala ini...

pada hari ini jugalah akan bermulanya peperiksaan semester, segala perkara yang dipelajari akan diuji dikala ini. Aku mendoakan kejayaan akan diperoleh oleh para sahabatku..... berkadar terus dengan usaha mereka. Semakin banyak mereka berusaha , maka... semakin tinggilah kebarangkalian mereka akan berjaya... dan begitulah sebaliknya...

duhai teman,duhai sahabat....
selamat berjuang aku ucapkan....
jawablah peperiksaan dengan bersungguh2....
semoga mencapai kejayaan yang diingini....

Sunday, April 12, 2009

Sunnah2 Nabi

Assalamualaikum kawan2 semua..apa khabar semua hari ni...semoga kawan2 semua beroleh kesihatan yang baik utk terus beribadat kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga apa yg aku sampaikan ni sama2 kita amalkan utk mendapat keberkatan hidup didunia dan akhirat. Dan harus diingat kawan2..dunia kita semakin pendek usianya..kiamat akan berlaku bila2 masa saja lg...

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-

- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.


Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.


SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..

Peringatan yg baik utk sumer ...InsyaAllah
sebar2 kanlah...

Thursday, April 9, 2009

Asal Usul nama Negara Denmark

Al-kisah... (toyyib...)....alkisah maka tersebutlah kisah..... telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Bedah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Bedah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Bedah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Bedah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.

Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik Bedah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Bedah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Bedah pun berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau." tempik Raja.

Makcik Bedah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Bedah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?". Lalu anak pertamanya menjawab " Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab "den mak". Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan 'den mak' lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik Bedah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain kesebelasan utama bolasepak negara denmark

Friday, April 3, 2009

teka-teki albert einstein

Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya logik dan memiliki jawapan yang pasti. Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza. Setiap rumah dihuni satu orang lelaki dengan kewarganegaraan yang berbeza. Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu, dan memelihara satu jenis haiwan tertentu. Tak satu pun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: orang manakah yang memelihara IKAN Huh

PETUNJUK :

Orang Inggris tinggal di dalam rumah bewarna merah.

Orang Swedia memelihara Anjing.

Orang Denmark senang minum teh.

Rumah bewarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah bewarna hijau.

Penghuni rumah bewarna hijau senang minum kopi.

Orang yang merokok Pall Mall memelihara Burung.

Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.

Penghuni rumah bewarna kuning merokok Dunhill.

Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.

Orang yang merokok Blend tinggal disebelah orang yang memelihara Kucing.

Orang yang memelihara Kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.

Orang yang merokok Blue Master senang minum Bir.

Disebelah rumah bewarna biru tinggal orang Norwegia.

Orang Jerman merokok Prince.

Orang yang merokok Blend bertetangga dengan orang yg minum air.





Albert Einstein menyusun teka-teki pada abad lalu. Dia menyatakan 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini.

Apakah anda termasuk yang 2%???