»

Wednesday, December 31, 2008

Technopreneur Academy Program (TAP)

letih... letih..... sangat letih.....

itulah ungkapan yang aku leh kluarkan.... bertolak dari A.star pukul 1345 sampai kuala perlis lebih kurang 1445,letih tidak terhingga,apa tidaknya... TAP ni dibuat sepatutnya 3 bulan, tapi di simplifykan jadi 5 hari.... fuh.... compress giler...

program ni adalah susulan daripada beberapa pogram yang dijalankan oleh MdEC,ia adalah suatu program yang dilakukan untuk melahirkan usahawan muda dalam bidang technology,
aku pon tak sangka sampai ke tahap ni.... hehehehee,sebab kalau nak diikutkan memang banyak tapisan yang dibuat, alhamdulillah...aku terpilih

program TAP ni start pada 27-31/12/2008,sebelum g kursus tu aku kna g kursus kat timah tasoh,perlis.... TAP ni memang best diorang push kitorang camner nak buat rancangan perniagaan dengan lebih terperinci.... letih gak arr... sebab kitorang kena banyak study, from A to Z... kena kaji pasal pesaing kita... berapa target market... planning perniagaan.... kaji pasal ekonomi semasa dan banyak lagi.... diorang push tentang produk yang kitorang nak buat.... memang banyak gak arr.... kalau diikutkan aku dah nak surrender, sebab aku g sana pown dalam keadaan tidak bersedia,yang program sebelum ni just bagi idea jer.... takk detail lak... and kitorang x planning pown benda ni seteruk camni.....

anyway, aku berharap aku akan dapat membuat produk aku sebagai salah satu produk yg terkenak suatu hari nanti... insyaallah....
aku mengharapkan doa daripada korang semua

analisis peperiksaan PMR

tahniah kepada para pelajar yang berjaya dalam PMR, bagi yang tidak berjaya, jangan berlengah.. masih ader masa lagi untuk SPM, SPM adalah penentu segala2 nya... percayalah....disini ada sedikit butiran tentang analisis peperiksaan PMR baru2 ini... harap maklum

sumber:http://eputra.com/analisa-keputusan-pmr-2008/

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 yang diumumkan pada 30 Disember 2008, menyaksikan prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).

Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.

Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).

Ketika mengumumkan keputusan PMR pada sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut meningkat.

Seramai 235,510 pelajar atau 51.2 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, 82,627 pelajar (18 peratus) dalam dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), manakala 124,209 pelajar (26.9 peratus) menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 245,887 pelajar (53.2 peratus) menggunakan kedua-dua bahasa.

Beliau berkata, pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar juga semakin mengecil, terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar, manakala GPMP subjek Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

“Kementerian bangga dengan keputusan ini, terutama bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, sekali gus menunjukkan dasar PPSMI berjaya,” katanya.

Alimuddin berkata, prestasi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR tahun ini juga meningkat, kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi, tetapi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi, iaitu 3.6 peratus.

Katanya, 74.8 peratus pelajar yang mengambil bahasa Inggeris tahun ini berjaya melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD) berbanding purata 71.2 peratus dari 2005 hingga 2007.

“Prestasi cemerlang gred A bagi mata pelajaran berkenaan meningkat kepada 16.4 peratus daripada 15.3 peratus purata tiga tahun sebelumnya, naik 1.2 peratus,” katanya.

Beliau berkata, semua 16 mata pelajaran turut menunjukkan prestasi cemerlang gred A melebihi 15 peratus dengan bahasa Melayu, bahasa Arab Komunikasi, bahasa Cina, bahasa Punjabi, bahasa Iban, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga serta Perdagangan dan Keusahawanan melebihi 20 peratus.

“GPMP pula menunjukkan enam mata pelajaran meningkat dengan ketara, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Punjabi, Pendidikan Islam dan Matematik,” katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, 278,767 pelajar atau 63.3 peratus mendapat minimum gred D, menurun 0.36 peratus berbanding purata 63.3 peratus bagi keputusan tiga tahun lalu.

Jumlah pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum juga berkurangan apabila hanya 440 pelajar atau 0.10 peratus mendapat gred E dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 559 pelajar (0.13 peratus) pada 2007, 524 pelajar (2006) dan 569 pelajar (2005).

“Secara keseluruhan keputusan PMR tahun ini lebih baik daripada tiga tahun sebelumnya. Ini selaras dengan peningkatan kedudukan negara dalam Global Monitoring Index yang menunjukkan pembangunan pendidikan kita meningkat daripada tempat ke-56 tahun lalu ke-45 daripada 129 negara tahun ini,” katanya.

Monday, December 22, 2008

trading- untuk org baru nak berbisness

hari ni aku dapat pengalaman baru.... sebab mengikuti ceramah kat Hotel NAZA,penang...
aku dengar penceramah ni bagi ceramah aku jadi teruja nak jadi trader.... kalau nak diikutkan... konsepnyer mudah jer....

"cari barang yg harga murah,pastu jual kat tmpt yg perlukannya dengan harga berpatutan"

prinsip perniagaan ni memang sangat mudah, nama penceramah ni en. sayuti, dari USM, cara dia cakap tu memang tengok senang nak laksanakan... tapi kalau diikutkan memang senang pown..

sebagai contoh, kita beli barang kat indonesia, pastu jual kat malaysia, sebb barang2 kat sana masih murah lagi.... nilai mata wang diorang pown murah, kat sana pon banyak barangan yang masih banyak potensinya untuk dijual kat malaysia... nampak benda tu sangat mudah..... memang mudah....

proses ni mudah kerana aku melihat, matawang indonesia memang sudah merudum, sangat teruk berbanding ngan malaysia (kesan daripada ekomomi USA),en. sayuti ni memang banyak jalan, tapi dia jalan2 pon bukan jalan2 kosong, dia jalan2 nak cari barang, nak marketkan kat malaysia... sungguh mudah....

so... aku cadang, kalau ader duit sket, aku nak buat trading, memang senang, so aku nak share ilmu ni ngan anda semua.. mudah2an lebih banyak lagi insan2 yang berniaga di malaysia ni, kalau ikutkan, nabi pernah cakap dulu 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan... kalau anda kumpulkan semua org2 yg kerja kerajaan kat malaysia ni... baru 10%... sebagai contoh....

kalau org kerja kerajaan ader 10,000 org, jadi ..... ader 90,000 org lagi yg ber niaga.... secara kesimpulannya... lebih banyak lagi peluang yang masih ada di pasaran hari ini.... cuma terpulanglah kepada kita untuk merebut peluang tersebut...

Friday, December 19, 2008

idea: bukan sekadar angan2

idea merupakan suatu buah fikiran yang sebenarnya datang dari sebuah angan2 kosong.... setelah menjalani suatu kursus di HOTEL NAZA 19/12/2008, barulah aku dapat melihat bahawa segala idea yang sebenarnya hanya sebuah angan2 adalah benda yang sangat bermakna pada suatu hari nanti....

sebagaimana yang kita tahu, malaysia telah mempunyai sebuah badan yang menolong untuk menjaga IDEA2 yang bernas daripada orang2 malaysia..... pernah aku terdengar dulu2 ramai orang kata "orang melayu ni orang yang bagus, banyak idea, tapi angan2 mat jenin", bermula daripada angan2lah maka terjadinya seatu kenyataan...

sebagai informasi, tomas edison yang membuat lampu kalimantang telah banyak membuat kajian, Ianya hanya berpunca daripada suatu angan2, dia berangan2 untuk mendapat kecerahan pada waktu malam. Dia bosan dengan penggunaan minyak pelita dan minyak tanah... setelah dia berusaha sebanyak 1000 kali percubaan dia akhirnya berhasil.... setelah membina empayarnya, beliau memiliki banyak idea yang telah di "patent"kan,

tujuan pem"patern"an ini adalah menjaga ketulenan IDEA sesuatu benda itu, ini juga untuk mengelakkan berlakunya salah faham di masa hadapan kelak... kebaikannya ialah, sesiapa sahaja yang menjadi org pertama yang mempunyai idea dan telah di paternkan, dia boleh mendapat royalti yang setimpal sekiranya ada pihak yang hendak menggunakan idea tersebut...

Monday, December 8, 2008

bukit antarabangsa menyembah bumi : bencana @ bala

pada disember 1993 sehingga kini, maka genaplah 15 tahun kejadian runtuhan highland tower.... pada masa itu, ia dianggap suatu bencana yang amat besar melanda negara..... begitu juga sunami.... berlaku pada penghujung tahun...

adakah rakyat malaysia masih tidak sedar dan insaf tentang kejaadian itu, mereka sangat alpa dan lalai.... malahan .... masih rakus membina kediaman di lereng2 bukit di selangor.... maklumlah... org kaya... semua nak bina dilereng2, alasannya .... "nyaman" & tidak banyak gangguan, tidakkah mereka ingat firman Allah Ta'ala yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “. Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah....jika direnung dan diteliti sepenuhnya..... semua ini adalah bala yang diturunkan oleh Allah kepada umat ma'nusia yang melakukan kezaliman kepada alam.....

tetapi manusia menafikan semua ini..... mereka tidak peka,malahan masih angkuh untuk terus hidup dikawasan tersebut,.... mungkin disana,jika dikaji... ada terdapat kemungkaran yang dilakukan, atupon.. sebenarnya, duit yang digunakan untuk membina rumah tersebut adalah dari duit yang tidak "HALAL".... bukannya saya hendak mempertikaikan segala macam kejadian yang melanda mereka, tetapi harus diingat, segala kejadian yang Allah lakukan, mesti ada tersirat hikmah yang cukup besar.... yang masih tidak disedari oleh masyarakat..... itu semua adalah kifarah dari Allah kepada umat manusia, dan juga peringatan kepada masyarakat malaysia....

mungkin kejadian itu adalah sebagai satu petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah kepada kita supaya berhati2 dimasa hadapan jika berlaku hal yang demikian di kemudian hari... walau apa pon saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan berharap.... mereka akan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, kerana Allah baru menarik sedikit nikmat daripada kesenangan yang mereka ada....

keris yang tumpul jangan dihunus...

pagi raya aidiladha ni, aku banyak baca blog... sebab nak cari ilmu... banyak cabang dan cara untuk mencari ilmu...

isu pilihan raya kuala terengganu, pihak barisan nasional yakin yang mereka akan dapat menawan k.terengganu dengan alasan ,pihak2 pembangkang sekarang sedang dalam pergolakan. itu semua adalah tutur kata yang keluar daripada bakal perdana menteri kita.... setahu aku,barisan nasional lagi teruk krisis dalamannya, terutama skali UMNO.... banyak pihak yang memerhatikan bahawa sangat banyak sub-leader didalam UMNO... banyak wakil yang mempunyai "geng" mereka sendiri... kalau macam cerita hong kong, mereka mempunyai "kawasan & pengaruh" mereka sendiri.... ader perwakilan yang menjanjikan wang kpada mereka yang menyokongnya, ada pula yang sudah menjanjikan itu, dan ini, wal hal.... pemilihan belum bermula...

hari ini, rakyat agak lega dengan penurunan harga minyak petrol dan minyak diesel, walaubagaimanapon, kelegaan tersebut tidak lagi selesa dengan kuasa beli rakyat malaysia yang agak rendah..... jika dahulu, nak beli keperluan harian memang selesa ngan gaji yang kita ada, tapi skarang??? walaupon harga minyak turun, harga barangan tidak turun.... ini semua berpunca daripada kenaikan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham di New York. kalau kat malaysia hari tu... minyak naik sampai 70sen, kenaikan yang sangat melampau.... tak pernah di buat oleh perdana menteri sebelum2 ini..... kesan daripada kenaikan tersebut,... banyak barangan keperluan naik harga, waima harga maggi skarang dah RM1.20 sebungkus....
terkejut gak aku biler nak beli maggi.... berbeza gila harga,.....

kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 dahulu adalah disebabkan ketidak perhatinan & ketidak cekapan pihak kerajaan menjangka peredaran pasaran minyak global... sepatutnya pihak kerajaan menubuhkan suatu badan yang benar2 peka dan boleh membuat keputusan mengenai isu global.... ini tidak.... secara membuta tuli menaikkan harga minyak dan membebankan rakyat...

untuk meng"cover" kesilapan ttg kenaikan harga minyak... diwujudkan sistem ribet.... tapi bagi sesiapa yang dapat lambat, kiranya beruntung, kerana harga minyak skarang RM 1.80 dan masih menerima ribet, pihak kerajaan pula tak boleh menarik balik ribet tersebut walaupon harga minyak dah turun... kerana .. kerajaan berjanji akan menamatkan ribet ini april tahun depan....

kalau nak diikutkan.... memang susah nak idup dizaman sekarang ni.... banyak benda dah naik harga... ish3.... pening2.........

pengalaman beraya kat negeri org

aku nak cerita sket pengalaman aku beraya kat perlis, hari raya korban, sajer nak merasa camner beraya kat perlis. sebb aku dah sem akhir, bila lagi nak merasa beraya kat negeri orang. lagi pon raya haji jer... kalau raya aidilfitri tak balik.. alamatnya kena bebel ngn mak aku.. hehehhehee

anyway.. tak banyak perubahan yang ketara sangat kat perlis ni, kalau nak compare ngan negeri selagor.... tapi kat cni cepat sket sembayang raya .... kat tempat aku 8.30-8.45 baru start, tapi kat cni pukul 8.15 dah nak start, nasib baik member aku kejut... kalau tak alamtnya , tak sembahyang raya lah aku, walaupon embahyang raya tu hukumnya sunat, tapi oleh kerana nak feel hari raya kat negeri org, kena arr g smbahyang raya...

dari apa yang aku amati..... memang tak banyak beza raya kat perlis ngan raya kat selangor... sama jer.... maybe kat malaysia... semua fahaman lebih kurang sama....
aku tak pernah lagi merasa beraya kat oversea... nak gak meraasa beraya kat negara org, hehhehee

anyway, slamat hari raya haji kepada semua muslimin & muslimat di atas bumi Allah ini,semoga segala amalan kita di rahmati Allah...

Tuesday, December 2, 2008

makna "raya haji"..bagi diriku

bagi sesetengah insan.. raya haji kurang bermakna berbanding raya haji...
ini kerana,sudah menjadi kehidupan dan budaya di malaysia, mengagung-agungkan hari raya aidil fitri lebih daripada aidil adha.. aku tidak mempertikaikan semua itu... itu semua adalah haq masing2 untuk menyambutnya.... tap i perlu diingat,beraya biarlah berpada2....

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.

sumber tranungkite



raya haji bagi aku bermaksud"berkorban, banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk menjadi seorang insan yang benar2 tertaqwa, untuk berjaya di dunia dan akhirat, kuita perlulah memiliki ilmu.... untuk mencari ilmu.. banyak perkara yang perlu dikorbankan.... berkorban masa,korban harta,korban tenaga.. dan banyak lagi...

kalau dalam hati kita takder sikap ingin berkorban,nescaya kita tidak akan berada di tempat di mana kita sekarang... aku percaya, setiap insan pernah berkorban, walaupon sedikit.... mesti ada sekelumit rasa pengorbanan dalam diri ini...

aku mengucapkan selamat menyambut hari raya korban dan selamat menunaikan ibadah haji kepada insan2 yang sedang menunaikan ibadah haji di mekah al-mukarramah.....

malaysia oh malaysia

sejak akhir2 ni banyak perkara yang telah berlaku dan tgh bergolak kat negara kita ni.....
aku harap malaysia akan sentiasa aman dan makmur... seperti mana yang diharapkan oleh semua rakyat nalaysia dan pemimpin yang dulunya menggembar-gemburkan kemakmuran malaysia..

isu ni aku bangkitkan sebab skarang ni aku tengok telah banyak perkara2 yang agak tidak menyenangkan telah berlaku kat malaysia ni... kalau dulu... senang jer nak buat aper2... tapi skarang ni.... nak buat blog on kena hati2.. takut kena tangkap ngan ISA,kalau aku aku tak kisah arr,.... takder aper2 yang aku nak takiutkan... blogger hnya mengutarakan perkara yang haq, dan ingin membuka minda para pembaca kat dunia ni....

semua kerisauan ini timbul sebab.... pihak kerajaan kini agak tercabar dan tercalar dengan reputasi dan kreadibiliti para hakim dan polis ... khasnya...

dahulunya, golongan penegak keamanan negara ini amat disanjung, kalau masa nak merdeka dahulu pekerjaan sebagai polis dan tentera amat dikagumi... kalau dulu2 awek2 kat kampung semua minat ngan pemuda2 yang bekerja dalam sektor tersebut.. maklumlah... mereka dianggap sebagai pejuang dan pembela bangsa....

tapi sekarang... mereka hanya dilihat sebagai pemerhati... pengikut telunjuk pihak kerajaan... apa tidaknya... ada laporan yang mendakwa,polis juga dikaitkan dengan gengster.. tapi aku tak taulah kebenarannya...

isu hakim pula.... kalau skrang ni... hakim kenalah org yang pandai ambik hati org kerajaan, kalau tak mereka susah nak idup,ataupon, kena pecat... masa dulu ader kes tentang pengislaman seorang budak pompuan cina.. kes tu berlanjutan sehingga 8 tahun(kalau tak silap aku arr), hakim kepada kes tersebut kini telah bersara(@ di"sara" kan), ini semua gara2 kes tersebut, kalau hendak diikuttkan,kes itu berlanjutan kerana... hakim itu adalah seorang muslim.. dan budak pompuan tersebut masih dibawah umur.... sudah menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk menjaga dan melindungi muslim yang lain... hakim tersebut akan berasa bersalah sekiranya dia membiarkan kes itu dijalankan, kerana sudah tentu kes itu akan dimengangi oleh penjaga budak tersebut,untuk berlaku adil... hakim tersebut membiarkan kes itu berlanjutan sehingga 8 tahun, iaitu apabila pelajar tersebut telah mencecah 21 tahun... setelah genap 8 tahun.. kesitu pon dijalankan semula.... dalam tempoh 7 tahun tersebut, budak pompuan tu telah kembali menganut agamanya yang dahulu...

namun hakim itu merrasa lega , kerana terlepas daripada tanggungjawab untuk membela muslim lain,kerana dia bimbang apa yang hendak dia jawab di hadapan Allah Ta'ala di akhirat kelak... kes itu banyak dipersoal kerana melanggar kreadibiliti seorang hakim,namun hakim tersebut akur dengan tindakan yang akan dihadapinya.....

semoga Allah merahmati hidup hakim yang sunggguh budiman itu...
amin...