»

Sunday, November 2, 2008

Laporan dari New York: Bas Mesra Pelanggan di Kotaraya New York

tulisan Nani Rahayu Mohd Yusof

TALI pinggang bukan saja dipakai ketika menaiki kereta tetapi semua pengguna kerusi roda di kotaraya New York yang menaiki bas juga perlu menggunakan tali pinggang bagi kerusi roda mereka. Perkhidmatan mesra pengguna itu bukan saja memberi pelbagai keistimewaan kepada mereka berkerusi roda malah warga tua, ibu mengandung dan mereka yang menyorong kereta bayi. Sebenarnya tiada masalah jika golongan ini mahu menggunakan perkhidmatan bas, kerana syarikat pengendali iaitu Metropolitan Transportation Authority (MTA) menyediakan pelbagai kemudahan mesra pengguna. Malah golongan berkenaan diberi keutamaan dan perhatian terutama pemandu bas ketika mereka mahu menaiki bas. Golongan itu juga sebenarnya tidak perlu bimbang atau ragu dengan perkhidmatan yang disediakan kerana MTA lebih mementingkan keselamatan penggunanya. Walaupun terpaksa meluangkan masa lebih kerana memberi perhatian kepada golongan itu, pemandu bas tidak pernah merungut jika terpaksa membantu golongan berkenaan naik dan turun bas dengan selamat. Ini adalah sebahagian kerja mereka dan perlu mengikuti kriteria dan peraturan pentadbiran kotaraya New York bagi memastikan keselamatan pengguna. Golongan kurang upaya yang berkerusi roda misalnya boleh menaiki bas kerana semua bas di kotaraya ini mempunyai pelantar automatik yang disediakan di bahagian hadapan dan belakang pintu bas bagi membolehkan mereka menaiki bas tanpa perlu memanjat tangga. Pemandu akan memastikan tangga hadapan dan belakang bas bertukar menjadi seperti pelantar apabila mereka berkerusi roda atau golongan ibu yang membawa kereta sorong mahu menaiki bas. Mereka juga mendapat keistimewaan tanpa perlu beratur. Pemandu juga perlu memastikan golongan itu mempunyai tempat duduk khas. Penumpang biasa yang duduk di kerusi khas perlu mengosongkannya bagi membolehkan kerusi khas dapat ditutup seakan dilipat untuk membolehkan mereka yang berkerusi roda dapat “parking” di tempat disediakan yang kemudiannya perlu dipakaikan tali pinggang pada kerusi roda mereka. Tempat duduk khas itu, biasanya terletak berhampiran pintu hadapan atau belakang bas berkenaan. Jika penumpang kurang upaya hendak turun dari bas, pemandu bas sekali lagi akan keluar untuk memastikan penumpang istimewa itu dapat turun menggunakan pelantar dengan selamat. Bahagian hadapan dan belakang pintu bas juga boleh diturunkan serendah-rendahnya tanpa perlu melangkah tinggi untuk naik dan turun daripada bas dan perkhidmatan ini selalunya disediakan kepada semua penumpang tetapi keutamaan adalah kepada golongan tua. Yang pasti penumpang tidak akan sesat kerana pengumuman destinasi hentian seterusnya akan dibuat pemandu bas pada setiap hentian. Kanak-kanak sekolah yang tinggal di Roosevelt Island, pulau kecil di bahagian timur Manhattan turut mendapat keistimewaan kerana dikecualikan daripada membayar tambang pada hari persekolahan. Bas MTA bertanggungjawab terhadap perkhidmatan “Limited” (berhenti di perhentian tertentu) atau “Unlimited” (berhenti di setiap hentian bas) dengan lebih 50 laluan di Bronx, Brooklyn, Queens manakala “40 bus routes ekspres” antara Manhattan ke Bronx, Brooklyn dan Queens. Mempunyai lebih 1,500 bas, menjadikan MTA, syarikat bas ke-11 terbesar di Amerika Syarikat dan Kanada, dengan kira-kira 500,000 penumpang setiap hari. Setiap perjalanan sama ada bas atau subway, tambang yang dikenakan ialah AS$2, di mana satu tiket boleh digunakan untuk dua perkhidmatan - bas dan subway, untuk tempoh masa dua jam.

Saturday, November 1, 2008

kenapa KJ nak debat....

kenapa agaknya khairi jamaludin nak sangat berdebat...??? banyak persoalan yang timbul daripada penganalisis politik. seperti aku yang boleh dikatakan seorang penganalisis mahasiswa,yang masih lagi belajar di universiti... 3 muka bakal Ketua Pemuda Umno yang kini hangat dicalonkan, khir toyo,mukhriz dan khairi jamaludin. Khir toyo kini boleh berasa lega kerana dia telah melepasi 39 pencalonan, iaitu nombor yang perlu digenggamnya untuk bertanding... mukhriz skarang ni masih dalam keadaan selesa, ini kerana jumlah perwakilan yang mencalonkannya kini semakin hari semakin tinggi, tapi... pencalonan itu tidak cukup untuk menunjukkan yang dia secara automatik layak menjadi ketua pemuda. masih ada undian daripada ahli2 umno yang perlu di di layannya untuk melayakkan beliau menjawat jawatan tersebut. seperti yang kita sedia maklum, khir dan khairi memang banyak dan selalu berdepan dengan orang ramai. dato' khir yang dahulunuya menteri besar selangor memang selalu turun padang dan berjumpa dengan rakyat selangor. aku teringat lagi maser mula2 dia jadi MB, tup2 terus turun padang, habis semua kerja dia nak turun, isu pasir, tanah dan macam2 lagi.lepas sebulan daripada tu dia SENYAP, aku dengar dia kena TEGUR ngan org2 yng tak puas ati... kalau aku pon tak puas hati jugak.... kalau nak sangat turun padang.... tak yahlah wujudkan exco.. kalau nak sangat dia jaga negeri selangor tu sorang2 tak yah nak mintak tolong ngan org lain... sebagai balasannya ... dia kalah dalm mempertahnkan jawatan MB, ini semua gara2 hadiah penyapu yang pernah dia bagi kat org lain, yang kononnya nak pastikan lain kali mereka membersihkan segala sifat malas dan tidak baik didalam diri pekerja.... KJ mengajak rakannya untuk berdebat untuk menyuarakan motif dan perjuangan masing2, khir dilihat menyahut cabaran itu manakala mukhriz kurang bersetuju dengan cadangan KJ KJ memng antara org yang paling banyak mempengaruhi undi pada pilihan raya lalu, manakan tidak, semua tempat yang dia tolong bagi ceramah semuanya kalah... hahhaa itu pon 1 jer tmpat yg selamat, tempat dia kat negeri 9, kalau tak kerana dia menantu PM pasti dia juga kalah. dalm PR kat permatang pauh juga dia tolong memancing undi tapi seperti selalu.. dia mnyebabkan wakil rakyat kalah lagi teruk drpd sebelumnya sebenarnya dia ajak mukhriz ngan khir berdebat bukannya aper, dia meihat dengan cara ini shj dia boleh pancing undi para pemimpin umno yg lain, nak harapkan bapak mertuanya.. dah tak boleh dah, sebab dia dah nak bersara... so dengan cara ni mungkin akan mmpengaruhi ahli2 majlis tertinggi yg lain. dia melihat mukhriz adalah pencabarnya yang merbahaya mukhriz dilihat sebagai seorang yg cool dalam pemilihan UMNO kali ini. apa tidaknya antara ketiga2 pencalonan dia memperoleh undian paling tinggi. apa yang dia nak gelabahkan, tak macam KJ, KJ kita boleh lihat, beliau sangat taksub ingin mendapat jawatan tersebut. Mukhriz tak nk brdebat sebab baliau seorang yg jarang berdepan ngan org ramai,dan dia juga agak kurang lancar dalam berdebat... bapak dia pon pernah cakap"saya tau dia ni bagus, ilmu dia banyak tu sebab rambut pon dah takdak ...hahahha", ayat yang diungkapkan oleh DR. M, masa Dr.M menolong anaknya memancing undi.... menurut pemerhatian aku, mukhriz banyak sokongan sebab pengaruh bapaknya yang masih wujud dalam UMNO,tu sebab undian terhadap dia masih tinggi... KJ dilihat sangat menggelabah kerana dia risau dia dah tak boleh nak berkuasa dalam UMNO, lebih2 lagi paklah dah nak letak jawatan,dia dah x boleh nak mengharapkan kpd paklah, klau dulu boleh arr, skit2 paklah... skarang ni "by hook or by crook" dia kena survive sndiri kalau tak impian dia yang dirancang sekian lama akan terkubur........

exam & study last minute....

selamat study aku ucapkan kepada semua pelajar2 universiti termasuk diriku... hahhhaa...

minggu depan bermulalah sesi memerah otak,semua ilmu dicurahkan untuk menjawab setiap paper dalam
masa 2 jam setiap paper. emm.... entahlah, aku tengok member2 aku macam2 ragam study, ada
antaranya study last minit,(termasuk aku..hahahhaa)

study last minit ada yang baiknya, ikut gak kemampuan student,biasanya student laki2 boleh
buat benda2 camni, budak pompuan aku tengok jarang skali.... kadang2 time last2 minit tu lah
yang senang nak masuk semua ilmu, semua cara atau kaedah nak mengingat terluah...
member2 yang tak pernah nak ngadap buku time tu lah nampak muker nak study.... nak tergelak pon
ader biler tengok muker diorang... segala kemahiran menghafal terluah maser tu...

study last minit ni kadang2 anugerah tuhan kat mereka...
tapi biasanya ilmu yang di fahami hanya untuk waktu periksa tu jer, kalau kita tanya
waktu lain comferm luper... diorang menghafal untuk exam jer... habis exam ,habislah semua
ilmu.

kalau aku study tu tak lah dikira last minit sangat,2@3 hari sebelum periksa tu dah buat sket
preparation, malam nak periksa biasanya buat ulangkaji sket2 jer....buat refresh otak.aku
biasanya tido tak lah lewat sangat kalau nak periksa, risau esok pagi tak bangun @ngantuk
kadang2 ader gak member yang makan pil utk otak,tak tidor malam, pastu paginy jawab periksa,
effectnya... abis jer paper tu dia terus tido 1 hari.... ish3.. kesian gak...

anyway... good luck 4 all university student in malaysia
I hope U all success....
happy nice day...